Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, September 04, 2005
 
Pakej Penginapan Penjara

sumber:
utusan malaysia



Penjara Johor Bahru menawarkan pakej penginapan sehari di penjara kepada org ramai. Kalau teringin tahu bagaimana kehidupan di penjara boleh mencuba pakej tersebut pada kadar RM 50 semalam. hmmmm hampir setaraf hotel 3 bintang tuu :D Menarik idea ni sebenarnya, tapi utk RM50 aku rasa tak sanggup pulak utk tido di penjara semalaman. Tapi kalau rasa nak menginsafkan diri boleh ler try sesapa yg berminat. Paling tidak pun boleh diwujudkan satu program realiti tv yg menggunakan premis penjara. Rasanya penjara pudu paling ideal...maybe Akademi Fantasia akan datang boleh diadakan di penjara pudu :D


Owen Ke Newcastle

Newcastle bermula dgn teruk dlm EPL musim ni. Selepas 4 game hanya mampu mengutip 1 mata dan belum menjaringkan gol. Pemain2 regularnya musim lepas ramai dijual oleh pengurusnya Graeme Souness tapi yang peliknya dia mcm takde plan B utk replace pemain2 tersebut. So di awal musim ni newcastle mengalami masalah player shortage terutama penyerang. Kini mereka berjaya mendapatkan Michael Owen dari real madrid setelah owen sendiri begitu desperate nak cari kelab lain. Pilihan utamanya utk kembali ke liverpool tapi liverpool taknak bayar mahal selepas menjualnya dgn harga yg rendah musim lepas kpd real madrid. Kedatangan owen turut disertai oleh penyerang sepanyol Albert Luque dari Deportivo La Caruna. Sebagai backup kalau tak dapat owen, newcastle ada cita2 tu nak beli Fernando Torres. Dengan kehadiran Owen, Luque dan kembalinya Solano dari Aston Villa, Newcastle dah nampak stabil dari segi pengalaman pemain di semua sudut. So terpulang pada Souness nak susun strategi memantapkan pasukan supaya menjadi pencabar utama liga musim ini.


Mawi dan Album laku 150k unit

Aku pegi sebuah pasaraya semlm terdengar kedai muzik kat situ pasang lagu mawi. Hari apa ntah kat area rumah aku terdengar ada rumah yg pasang lagu mawi. Tak kebah lagi rupanya demam Mawi ni. Dalam suratkabar pun mesti ada jugak terselit cerita mawi. hari ni kat harian metro cerita Mawi telefon tunangnya hari-hari pun boleh jadi bahan cerita. Dari segi show takyah cakaplaa, satu hari tu sampai 2-3 show kena buat..berlari ke sana sini...kasihan mawi. Album dia yg memuatkan lagu2 konsert AF pun sgt laris hingga mencecah 150000 unit...mmg hebat di zaman mp3 ni masih ada org sanggup beli cd dan kaset :D


Edisi Siasat dan Merdeka

Aku bukan selalu tgk edisi siasat kat ntv7, tp hari ni tertengok pulak selepas habis tgk kartun Detective Conan kat 8tv. Isu siasat kali ni berkenaan sambutan merdeka di KL oleh remaja2 liar, punk, metal termasuklah set2 indon yg turut join sekaki menghavockan suasana kat KL. Memang menakutkan melihat pesta arak, pergaulan bebas yg ternyata tidak terkawal. Tapi pihak polis berjaya mengawal keadaan drp berlaku pergaduhan antara geng2 berlagak samseng ini. Turut mengerikan apabila budak2 bawah umur yg tanpa rasa bersalah atau tak kisah bila ditegur berpakaian seksi malah kelihatan mcm berbangga pulak...hmm apa kejadahnya semua ni? Merdeka negaraku...


Comments: Post a Comment


  • Merdeka
  • Semalam sabtu 28hb Ogos 2005, tv3 menerusi Majalah...
  • Apa yang menarik sepanjang minggu? Selain berita p...
  • Ilmuwan Islam Isnin 9.30 mlm TV3Jgn lupa menonton ...
  • JerebuTiada apa yg lebih merimaskan sekarang melai...
  • Naik yang tak turunHarga minyak naik lagi...Tarif ...
  • Tugasan the apprentice ahad lepas, setiap kumpulan...
  • APAda dua isu berkaitan AP yang hangat di pasaran ...
  • Berfikir di luar kotakPhrase di atas selalu kita d...
  • Bom di LondonMemang menakutkan apabila serangan bo...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1