Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Thursday, September 08, 2005
 
Duit Syiling RM1

Bank Negara mengumumkan akan menarikbalik edaran syiling seringgit berkuatkuasa 7 Disember. Selepas tarikh tersebut syiling tersebut tidak lagi sah digunakan. Alasan yg diberikan adalah lambakan syiling seringgit palsu dan tiada mekanism yg sesuai utk mengesan perbezaan di antara syiling palsu atau tulen. Orang ramai boleh menukar wang syiling rm1 mereka di semua bank perdagangan atau di bank negara sendiri.

Bagi menyahut seruan tersebut aku pun turut memecahkan tabung bg mengira-ngira syiling seringgit yg telah aku kumpul tanpa aku sedari. Biasalah syiling2 ni masuk je dlm tabung sbb berat poket nak bawak ke hulu hilir. Tabung tak perlu nak beli yg mahal2 kat supermarket--botol air mineral pun boleh jadi tabung. Kalau zaman budak2 tinggal kat kg, tabung yg paling famous ialah tabung buluh...dari asal buat warna hijau cantiiikk tapi bila penuh dah bertukar kaler--punya ler lama nak penuh tabung tu. Dah penuh ambik parang belah je tabung tu :D. Setelah dikira2 agak banyak jugak syiling RM1 aku---kalau ditambah lagi 500 boleh la beli handphone berkamera.

Syiling rm1 ni dah berada di pasaran lebih 10 thn. Masa mula2 ia diperkenalkan mmg semua excited disebabkan ia berwarna emas. Syiling singgit ni sebenarnya byk memudahkan urusan kita sebenarnya terutamanya apabila nak menggunakan pengangkutan awam eg naik lrt, komuter atau bas. Daripada beratur kat kaunter boleh beli tiket kat machine tu. Tapi bila kes wang singgit palsu byk sangat dan tak boleh detect lak tu, seharusnya kita memahami tindakan bank negara mahu menarikbalik sahlaku wang tersebut.


Comments: Post a Comment


  • Pakej Penginapan Penjarasumber:utusan malaysiaPenj...
  • Merdeka
  • Semalam sabtu 28hb Ogos 2005, tv3 menerusi Majalah...
  • Apa yang menarik sepanjang minggu? Selain berita p...
  • Ilmuwan Islam Isnin 9.30 mlm TV3Jgn lupa menonton ...
  • JerebuTiada apa yg lebih merimaskan sekarang melai...
  • Naik yang tak turunHarga minyak naik lagi...Tarif ...
  • Tugasan the apprentice ahad lepas, setiap kumpulan...
  • APAda dua isu berkaitan AP yang hangat di pasaran ...
  • Berfikir di luar kotakPhrase di atas selalu kita d...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1