Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Wednesday, August 31, 2005
 

Merdeka

31 Ogos 1957 tarikh Tanah Melayu diisytiharkan merdeka secara rasmi dengan turunnya bendera Union Jack dan pertama kali bendera persekutuan tanah melayu dinaikkan. Hari ni dah 48 tahun negara kita merdeka setelah dijajah beratus-ratus tahun bermula dgn portugis, belanda, inggeris dan jepun. Tempoh penjajahan melebihi 400 thn tersebut telah memberi peluang kepada penjajah terutama british mengaut kekayaan hasil muka bumi tanah melayu dan yg paling teruk berlaku penjajahan pemikiran yang kesannya terus dirasai hingga generasi sekarang. Bukan senang utk merubah pemikiran yg sudah di-set utk mengagungkan bangsa barat sebagai bangsa yg hebat, bijak dan maju. Kalau balik pada sejarah pun perubahan pemikiran masyarakat eropah pun mengambil masa beratus-ratus tahun sejak zaman renaissance sebelum mereka mengambilalih kedudukan tamadun Islam sbg tamadun terunggul di dunia. Dan kini mereka dah pun beratus-ratus tahun tahun menguasai peradaban dunia. Itu 1 tanda tuhan itu maha adil, ada hikmah tu disebalik peralihan ketamadunan daripada menjadi milik orang Islam kepada bukan Islam. So kalau ikut cycle ni, pas ni Islam akan kembali menguasai ketamadunan dunia. Sbg org Islam cuba check diri sendiri apa sumbangan kita utk mengembalikan hikmah milik Islam yg sudah beratus-ratus tahun berpindah tangan kepada org lain? :)

Dari semalam sambutan kemerdekaan disambut di seluruh negara. Konsert-konsert di sana sini. Hebat negaraku :D jangan lupa lagu Negaraku yg sudah dperlahankan temponya, bukan lagi berentak March. Hari ni sambutan perdana semestinya di Putrajaya dengan segala macam pertunjukkan, kereta berhias dan sebgainya. Apa erti merdeka utk anda? Merdeka adalah hari cuti umum yay dan hari gaji baru masuk lepas dah delay dekat seminggu...tensen tensen.


Comments: Post a Comment


  • Semalam sabtu 28hb Ogos 2005, tv3 menerusi Majalah...
  • Apa yang menarik sepanjang minggu? Selain berita p...
  • Ilmuwan Islam Isnin 9.30 mlm TV3Jgn lupa menonton ...
  • JerebuTiada apa yg lebih merimaskan sekarang melai...
  • Naik yang tak turunHarga minyak naik lagi...Tarif ...
  • Tugasan the apprentice ahad lepas, setiap kumpulan...
  • APAda dua isu berkaitan AP yang hangat di pasaran ...
  • Berfikir di luar kotakPhrase di atas selalu kita d...
  • Bom di LondonMemang menakutkan apabila serangan bo...
  • Sejarah


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1