Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Monday, December 19, 2005
 
The Apprentice Season 4

Sudah masuk musim ke4 siri temuduga paling tough di dunia utk bekerja dgn Donald Trump dan menjadi The Apprentice. Selepas Bill, Kelly dan Kendra sapa pulak yg bakal menjadi pemenang seterusnya bakal menerima gaji suku juta dollar setahun. Baru masuk minggu ke3 siri ini ditayangkan kat tv3. Masa 1st episod dulu trump cakap candidate kali paling berbakat dan aku pun bersemangat jugak nak tgk kehebatan calon2 apprentice kali ni, takde laa yg betul2 cantik sgt pun hehehe yg lelaki tak kisah lah cemana rupa aku tak ambik peduli pun.

First episod yg kena fired adalah Melissa. mmg patut sangat pun minah ni kena fired. Tugasan 1st kena buat fitness program dan group yg berjaya dpt income terbyk menang. Group dibahagikan lelaki vs wanita. Team lelaki diketuai Marcus dan Kristi team pompuan. Bila trump call team lelaki tanya apa nama group, punya ler berjela explaination si marcus ni sebelum bgtau nama groupnya Excell--hahaha mmg kelakar ler mamat ni sampai trump pun mengumpat dia depan george mengatakan si marcus ni talk too much. Group pompuan lak Capital Edge. Marcus awal2 lagi menampakkan kelemahan dia sbg leader apabila lambat buat decision dan ntah hapa2 hinggakan members lain dok mengutuk dia. Tapi Excell corp still lagi terkawal berbanding capital edge yg berperang mulut dicetuskan oleh melissa. Melissa ni mmg ntah hapa2 awal2 lagi nak tunjuk terror siap bangkang itu ini dgn project managernya hingga mengjengkelkan semua org. Dia ni tak pernah tgk Apprentice ke camana laa boleh terpilih...kalau dia tgk strategi Bill, Kelly dan Kendra musim2 lepas patutnya awal2 ni tak perlu nak menonjolkan diri sgt. Ni awal2 lagi cari gaduh. Bila Capital Edge kalah semua org menyalahkan Melissa termasuk carolyn sekali apabila melissa kata dia mmg tak suka kerja dgn perempuan. So you're fired melissa.

2nd episod tugasan kena buat komersial utk keta lamborghini. Excell corp punya ler overconfident akan menang. Episod kali ni memang kelakar menyaksikan karektor marcus yg seolah dalam dunianya sendiri. Nak bagi instruction kpd pemandu kereta pun berjela2 explaination..hehehe..tu tak termasuk idea slogan "selembut Sutera'nya hahaha. Tapi kali ni idea marcus yg direject mentah2 oleh team member lain membawa tuah kpdnya apabila excell corp kalah. Chris sbg project manager difired trump apabila membawa marcus ke boardroom walaupun trump telah bagi hint supaya bawak brian yg menjadi punca utama kekalahan mereka, bukan marcus.

3rd episod smlm Randal dan Rebecca menjadi PM team masing2. Rebecca yg mengalami kecederaan kaki akibat terjatuh semasa main ice hockey terpaksa mengunakan tongkat utk bergerak. Tugasan kali ni adalah mengadakan expo technology utk warga emas dan index kepuasan pengguna menjadi penentu kemenangan. Team Excell Corp mmg hebat kali ni dgn fokus kerja yg bagus termasuklah si marcus yg berjaya memainkan peranannya sehingga turut mendapat pujian rakan2nya yg lain dlm boardroom. Expo yg dibuat Capital Edge mmg sgt boring dan tak nmpak mcm expo pun. Dah ler tu sebhgn team mmber menghadapi masalah mengadakan demo apabila kurang berpengetahuan terutama Toral. Kali ni trump buat decision yg bertentangan dgn minggu sebelumnya. Toral walaupun dihentam oleh semua team member lain tp terselamat apabila rebecca berkeras tak mahu membawa dia ke boardroom. Trump menyatakan sekiranya toral yg dibawa pasti dia yg akan difired. Keras kepala si rebecca ni kononnya nak tunjukkan dia ada integriti ler haha..akhirnya Jennifer W yg difired disebabkan gagal menyediakan tempat dan kemudahan expo dgn baik.

Spoiler---ketika aku surfing nak cari info apprentice kali ni dah tahu sapa yg menang...cesssss final 2 season 4 adalah Randal dan Rebecca--kebetulan kan episod 3 menemukan mereka sbg PM. Dan new apprentice adalah Randal. Sungguh hampehhh dah tahu sapa yg menang ni mcm tahu kendra dah menang thn lepas padahal baru masuk minggu ke2 kat tv. Sebab aku dah tahu so kena bgtahu semua orang biar semua tahu spoilernya hahaha Apa pun masa 1st episod dulu aku pun rasa mcm randal yg bakal mng tp tu based on qualification dia..degree, master phd semua dia ada mcm kevin 2nd season.

Arsenal 0 Chelsea 2

Perlawanan EPL smlm, semua team lain esp MU, Liverpool mengharapkan chelsea akan drop point. Tp tgk game smlm smmgnya chelsea lebih kuat dr Arsenal. Arsenal lemah sgt bhg midfield--takde general di bhgn tgh...belum ada pengganti Patrick Viera. Tgh Arsenal terdiri drp Hleb, Fabregas, Flamini dan Ljunberg...manakala chelsea pula membariskan lampard, makelele dan essien dgn 2 wings kiri dan kanan iaitu Robben dan Joe Cole. Kedua2 gol chelsea pun dijaringkan mereka berdua. Arsenal utk short term kena cari pengganti Viera dgn segera...long term maybe boleh harapkan fabregas dan flamini akan matured game mereka tapi nampak gaya mcm takde tokoh pun. kekalahan Arsenal menyebabkan mereka hampir out dr perebutan juara-20 mata di belakang chelsea. Hanya disaster jek yg boleh menghalang chelsea drp meraih gelaran musim ini.


Comments: Post a Comment


  • Sukan Yang CemerlangNicol Ann David telah menjuara...
  • Hari ni merupakan hari terakhir bulan november 200...
  • Real Madrid 0 Barcelona 3Semalam berlangsung kemba...
  • Itu Ini RayaSelepas bercuti sakan balik kg balik b...
  • Zakat Fitrah dan Zakat PendapatanBoleh dikatakan s...
  • Takziah Kepada PM dan KeluargaDisini aku pun turut...
  • Esok Isnin 17 Oct 2005, Ramadhan akan memasuki har...
  • Buffet RamadhanSelain pasar ramadhan yg menjadi tu...
  • Pasar RamadhanSebelum start bulan Ramadhan lagi ta...
  • Dedicated Entry to RamadhanHari ni sudah masuk har...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1