Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Saturday, December 31, 2005
 
Entry terakhir 2005

Hari ini 31 December 2005..pukul 12mlm karang masuklah ke tahun baru masihi 2006. On the way balik dari shah alam hujan sangat lebat sepanjang jalan. Aku ingat hujan akan berterusan hingga ke malam, biar tergendala semua acara2 sambutan tahun baru yg telah dirancang..di klcc, di dataran merdeka, di bintang walk dan di mana2 jua...tapi sampai di rumah selepas beberapa minit hujan sudah reda...hmmm teringat semua majlis sambutan thn baru 2005 dbatalkan sbg mengingati tragedi tsunami yg melanda. Tapi menjelang 2006 kembali seperti sediakala..mari kita countdown detik 12 mlm hehehe

Menjelang 2006 jugak media2 pun membuat segmen khas menyorot kembali peristiwa2, kontroversi2, suka duka sepanjang 2005. Tragedi tsunami paling mengambil perhatian apabila meragut nyawa melebihi 400k manusia. Blog2 pun byk yg memuatkan entry wishing selamat thn baru dgn perancangan atau azam baru utk dilaksanakan dlm thn 2006. Jadi blog ini pun samalah nak mengucapkan selamat menyambut thn baru 2006 kpd semua.

Rancang Cuti Tahunan

Bila sibuk bekerja dan rajin dtg keja--kekadang kita lupa ambik cuti..sedar2 sudah hujung tahun dan balance cuti berlebih2an. Setelah ditolak jumlah yg boleh dicarry forward masih byk balance. Sungguh rugi sekiranya diburn begitu shj. Kekadang kita rasa cuti tu takde laa byk maybe 27 hari setahun tapi sebenarnya mmg byk terutama bila dah smpai ujung thn. So rancanglah cuti tahunan dgn sebaik2nya supaya ia tidak dibazirkan begitu shj.


2006

Apa yg best bila tiba thn baru? Pastinya sbb 1hb Jan adalah cuti umum yay...Waahhhh umur dah meningkat lagi setahun. Byk perkara skrang bukan lagi bersifat exactly tahunan contohnya EPL dan liga2 eropah termasuklah champion league adalah mengikut musim 2005/2006..begitu juga intake universiti pun mengikut sesi eg 2005/2006. Yang betul2 ikut tahunan ni income tax hahaha jgn lupa income tax anda utk 2005, kalau anda kena income tax jgn lupa juga utk membayar zakat pendapatan...hmmm dah bayar zakat akan ditolak drp jumlah tax, lebih bagus begitu.


Comments: Post a Comment


  • The Apprentice Season 4Sudah masuk musim ke4 siri ...
  • Sukan Yang CemerlangNicol Ann David telah menjuara...
  • Hari ni merupakan hari terakhir bulan november 200...
  • Real Madrid 0 Barcelona 3Semalam berlangsung kemba...
  • Itu Ini RayaSelepas bercuti sakan balik kg balik b...
  • Zakat Fitrah dan Zakat PendapatanBoleh dikatakan s...
  • Takziah Kepada PM dan KeluargaDisini aku pun turut...
  • Esok Isnin 17 Oct 2005, Ramadhan akan memasuki har...
  • Buffet RamadhanSelain pasar ramadhan yg menjadi tu...
  • Pasar RamadhanSebelum start bulan Ramadhan lagi ta...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1