Smallville Season 4AKu peminat smallville. Tak pernah missed pun tgk sejak season 1 sbb kisahnya berkenaan clark kent aka superman di zaman remaja. Bagaimana clark kent discover powernya satu persatu dan pelbagai freak di komuniti smallville selepas pasca meteor shower. Sekarang tv3 dah pun menayangkan season 4. Di US dah nak habis season 5. Sejak habis season 3 aku dah download semua siri season 4 tapi aku tak tgk pun sbb nak tunggu jugak siarannya kat tv3. Tapi sejak 2-3 minggu lepas dgn sambutan thn baru, sureheboh dan sbgnya tv3 telah mengabaikan smallville menyebabkan aku terasa something not enough di hujung minggu. So minggu ni aku layan marathon smallville season 4...tengok sampai muntah hahaha so pas ni tak payah tunggu nak tgk kat tv3 lagi.
Smallville season 4 ni ntahlah ceritanya bercampuraduk dgn hal2 mistik. Siap dgn Lana Lang pun dah kena rasuk dgn roh ahli sihir dlm pencarian 3 bijik batu yg turut melibatkan lex, clark dan jason. Antara yg menarik season ni, chloe dah tahu rahsia clark hahaha sungguh kelakar bila chloe asyik bercakap bertapis2 dgn harapan clark sendiri akan bgtau dia his secret. Aku suka hubungan clark dan chloe kali ni. Dulu dlm season 3 chloe nak discover mystery of clark kent tapi bila dia dah tahu, she kept clarks secret. Konon2nya true friendship lah tu :D
By the way thn ni on big screen Superman akan kembali. Sequel superman yg ke5 selepas 4 filem sebelum ni dilakonkan oleh christoper reeves. Tgk shj camana lak superman kali ni best ke tak.
Kisah Bola MalaysiaMinggu lepas heboh di media berkenaan tindakan pemain perak dan selangor yg bertindak keterlaluan dlm perlawanan liga super. Pemain perak iaitu kaptennya Ahmad Syahrul Azhar telah digantung 12 bulan sbb 'menyerang' pegawai perlawanan. Insiden itu menyebabkan kekecohan hinggakan penonton pun join sekaki dgn membaling objek2 ke padang hingga turut mencederakan penjaga garisan. Kes pemain selangor lagi best...nak menyerang penyokong sendiri..tgk visual kat berita sukan tv3 mmg dasat tingkah laku pemain tersebut yg berlari mcm org nak mengamuk ke arah penonton hinggakan ditenteramkan oleh pegawai dan pemain2 lain. Nasib baik laa semua stadium kat malaysia ni tak mcm stadium kat UK yg mana takde gap antara padang dan tmpat duduk penyokong. Stadium malaysia semua ada balapan-trek lumba lari dan longkang besar antara floor stadium dan tpt duduk penonton. Kalau mcm kat UK aku rasa dah sure pemain tu dah kejar penonton smpai dpt utk lepaskan amarahnya--pastu sure dia pulak kena pukul ngan penonton hahaha nak mampus lawan dgn penonton, bukannya sorang dua...beribu bebbb
Bila jadi kes mcm ni aku rasa menyampah kat pemain2 tersebut. Dlm berita tv3 diorang call Amri Yahyah mintak komen..dia kata time tu tgh pressure dan mereka tak thn mendengar cacian penyokong. Alahai lemahnya mentaliti pemain kita...camana ler nak bertaraf dunia kena maki ngan penyokong pun dah tak boleh kawal diri. Kalau permainan tu bagus ok ler jugak..ni sukan sea pun tak lepas. Stadium mmg ler tpt melepaskan perasaan, nak maki ke apa ke semua boleh buat--kecuali jgn duduk area penyokong lawan pastu maki2 kutuk team diorang hahaha mahu kena pukul karang. Harapnya pemain2 kita sedar diri skit...belajar kontrol perasaan. Takde penyokong dtg duit persatuan pun kurang...gaji pemain2 ni jugak yg problem karang. Pendapat aku penyokong tak kisah menang kalah kalau main bagus. Ni datang jauh2 ke stadium, parking susah nak dpat, berebut beli tiket--dah abih kena beli kat ulat2 yg double-triplekan harga, masuk stadium tpt duduk strategik semua dah penuh--silap2 kena duduk kat belakang gol dah tu tgk game main mcm hampeh--mesti laa tensionnnnn.
Hari Raya Korban/Haji/i'dil-adha10 Zulhijjah 1426 bersamaan 10 Jan 2006 umat Islam di malaysia akan menyambut hari raya korban. Hari raya korban relatifnya kurang skit kemeriahannya berbanding raya puasa. Sbbnya mudah, raya puasa kita smbut dgn meriah sbb baru lepas puasa sebulan. Org ramai sanggup buat apa shj utk balik kg utk raya puasa..sungguh syahdu beraya puasa di perantauan hahaha tapi raya haji tak balik kg pun takde terasa sgt. lagipun cuti pun sehari shj.
Sepatutnya hari raya haji kena sambut lagi meriah..sbb adanya korban. Di kg aku dari hari raya pertama hingga ke3 mmg byk rumah2 yg buat korban. Kena buat giliran dan makan pun kena utk cukup syarat shj sbb byk rumah kena pegi dr pagi hingga ptg. Time raya haji ler nak rasa daging2 freshhh..biasa nya masak rebus daging jek pastu cicah dgn sambal--perghhhh sedapnyaa
Thn ni aku beraya haji di perantauan :(
Kepada semua pengunjung dan rakan2 blog..aku ucapkan selamat menyambut hari raya I'diladha :)
#
posted by jed1 @ 8:19 pm