HandphoneDulu hp adalah barang mewah...hp dulu besar-besar boleh baling anjing-dan anjing pun boleh mati kalau kena baling haha. Sesapa yg ada hp dulu mmg boleh bongkak, riak dan takabbur. Hp mula boost up bila Digi start prepaid-time tu aku kat U lagi. Member2 aku yg berduit lebih pakat2 beli hp--taknak dah bergayut kat public phone.. aku pun tumpang kasih kawan yg dok depan bilik kamsis aku mintak no hp dia--bagi kat famili aku. kalau ada apa2 emergency boleh call dan smpaikan pesan kat mmber aku ni. Time tu hp still brg mewah bg aku.
Bila aku dah start keja baru aku beli hp. Bertukar2 no daripda 019 ke 013 last2 aku ambik 012 smpai sekarang--mengkayakan lagi Ananda Krishnan hasil bayaran bill aku bulan2.
Sekarang zaman dah berubah..hp adalah brg keperluan..semua org pakai hp..budak2 sekolah, cleaner kat opis, tukang kebun semua ada hp--canggih2 lak tu. Aku nak jugak hp canggih2 ada 3G, camera 10Mpixel, radio, gigibiru, inframerah dan ntah apa2 features canggih tapi nak beli jek asyik tertangguh..sbbnya? Aku rasa utk hp cukup utk boleh call dpt call dan sms...maybe duit aku terlebih2 nanti aku beli hp canggih manggih.
Ni kementerian pendidikan dah benarkan budak2 sekolah bawak hp ke sekolah atas desakan ibu bapa. Dah timbul bangkangan drp pelbagai pihak yg bimbangkan byk isu timbul nanti. Ye lah budak2 bukan tahu apa, buat salah pn tak boleh disalahkan sbb belum cukup umur, blum mumaiyiz hehehe...Aku pun rasa tak patut dibenarkan budak2 ni bawak hp ke sekolah, maybe blum smpai masanya lagi. Sebabnya:
-Budak2 ni asyik nak main game dlm hp. Yg ada kamera mula ler snapshot ntah apa2 karang pastu distribute. Tak payah benda2 lucah..kalau member tertido dlm kelas dgn air liur basi meleleh boleh gak dicandid pastu distibute..dah memalukan member. Psikologi budak2 dasat siut kalau tak diguide ngan betul..drp ada potential best student terus lingkup sbb tekanan perasaan.
-Dlm kelas jek asyik bunyi hp..ringtone mcm2 lak tu..budak2 ni sure asyik bertukar ringtone, game..camana nak concentrate study camtu. Org kata tu tanggungjawab guru nak disiplinkan budak2..hahaha cakap senang lah
-Nanti cikgu rasa tercabar sbb hp anak2 murid dia lagi canggih. Cikgu pakai nokia 3310 jek tapi anak murid siap Nokia N90.
-Budak yg mak bapak dia tak mampu bg hp sure jeles kat kawan2 yg ada hp. Kawan2 yg ada hp sure skit sebanyak sifat riak tu muncul. Karang ada kes hp hilang kena curi dah menyusahkan cikgu2.
Kalau tak dibenarkan pun student ni bawak hp skrang sampai bila polisi tu akan bertahan? Teknologi berkembang cepat dan budak2 zaman skrang dah makin bijak. Br sekolah rendah dah terer main komputer. Tgk lah camana keadaannya nanti. Satu cabaran jugak bg cikgu2 nak disiplinkan murid2 ni berkenaan penggunaan teknologi. Tapi cikgu2 pun kena techno-literated jugak :D
Bacaan tambahan kalau nak baca:
2 persatuan guru bercanggah pendapat
Kebenaran bawa telefon serta-merta
Peristiwa HajiRaya korban dah habis...aku rasa thn lepas aku pernah terniat nak buat korban thn ni..nampaknya tak kesampaian. Sbbnya aku tak balik kg pun. Boleh saja kalau kirim jek duit kat famili suruh mereka buat korban tapi rasa mcm tak best lak. Yg baiknya sesapa yg nak buat korban ada sekali semasa penyembelihan. So ada rezeki lebih dan panjang umur harapnya sempatlah aku buat korban tahun2 akan dtg.
Bila tgk dokumentari haji kat mekah, mmg terasa something kat hati melihat jutaan manusia berkumpul di satu tempat utk beribadat. Berasak2 dgn yg tua, muda, wanita dan kanak2. Antara cabaran paling besar bila nak melontar jamrah..manusia berasak2. Kejadian di mekah baru2 ni yg mengorbankan lebih 300 jemaah hj mmg sangat menyedihkan. Tapi sudah takdir Allah mereka meninggal di tanah suci dalam usaha mereka mengerjakan rukun Islam.
Dari peristiwa tersebut, aku rasa kita patut mengerjakan haji waktu usia masih muda--kalau rezeki dah lebih. Mengerjakan haji di waktu tubuh masih sihat dan kuat, jgn tunggu dah tua baru nak gi haji. Tu pemikiran dah lapuk..zaman dulu mmg lah..nak kumpul duit bukan senang terutama org kampung. Kerja bersawah menoreh mmg bertahun2 ambik masa nak kumpul duit secukupnya nak ke mekah. Dah tua baru nak pegi haji pasti akan menyusahkan org dlm melaksanakan rukun2 haji. Tambahan lak dgn sistem kuota sekarang kalau nak gi haji kena register dan tunggu giliran 2-3 thn baru dapat.
Rezeki Datang MenggolekKontena yg terdampar kat pantai terengganu berisi rokok, udang galah dan pakaian telah menyebabkan penduduk kat sana seolah2 berpesta. Hehehe mmg tabiat org kita camtu...brg free mmg tak lepas punya. Kontena2 tu dipercayai terlepas dr kapal. Pastu kluar statement tokoh agama yg kata haram ambik barang2 tu dan kastam pun kluar statement org ramai boleh didakwa dan didenda jika ambik2 barang2 tersebut sbb belum dicukaikan. Kalau aku jd pihak berkuasa aku benarkan saja mereka ambik barang2 tu..baca paper hr ni udang2 drp kontena tu dah mula busuk--dah membazir. Dulu pernah di kg aku akibat hujan lebat menyebabkan satu kolam ikan melimpah. So ikan2 talapia semua terlepas hingga terlompat di jalan raya dan ada yg masuk sungai...hari tu jadi mcm pesta pulak org kg tangkap ikan kat jalan raya..pemilik kolam walaupun redha tapi meleleh air mata jugak laa tgk keadaan tu hehehehe