Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Saturday, November 11, 2006
 
Bola

Dah lama takde entry bola dalam blog ni. Raya punya pasal lupa jap kat bola. Tapi sebagai peminat, perkembangan bola seluruh dunia tetap diambik tahu.

1) Bola Malaysia

Pasukan remaja kalah kat bangalore. Dah takde alasan sebenarnya. Duit dah habis berjuta2 tapi hasil takde. Tunggu sukan Asia Doha pulak nak tgk prestasi pasukan kebangsaan...tp ntah lah. FAM menyatakan pasukan U20 tu akan terus digilap dan akan dihantar training kat Europe. Formula hantar ke europe ni aku tak pasti akan berkesan ke tidak sebab yg dihantar tu budak2 yg berumur rata2 18 tahun. Kat europe 18 tahun tu dah jadi star dah, dah join senarai pemain liga utama, contohnya rooney, c.ronaldo, messi, fabregas. Di sana drpd umur 11 tahun bakat telah dicungkil dan digilap spt messi dan terbaru theo walcott. Bukan skit tu belanja hantar team bola training europe...menyumbang kepada aliran matawang keluar sedangkan hasilnya belum tentu berjaya lagi. Bukannya taknak berfikiran positif tetapi sepatutnya pembangunan bolasepak remaja perlu diperbaiki lagi dgn mencungkil bakat bolasepak dari sekolah rendah secara intensif dan latihan yg berterusan. Kalau budak 11-12 thn negara dah mahir asas bolasepak dan sudah boleh adapt dgn apa2 sistem, formasi permainan tak mustahil punya nanti kita akan layak ke world cup.

2) Liga Eropah

Persaingan EPL nampak menarik kali ini. Chelsea dah kalah 2 kali. MU nampak konsisten dlm liga dah top league beza 3 mata dgn chelsea tp baru aku rasa camtu MU kalah pulak dlm saingan Piala Liga kat kelab tercorot Div 1..apa daaaaa. Arsenal pun sama...mula nampak mcm kebangkitan terserlah dgn permainan cantik menang dan menang tp 2-3 game terakhir dah tak konsisten balik. Liverpool pun sama. Paling aku boring tengok game arsenal dgn kelab rusia dlm champion league lepas...bodoh betul peluang byk giler dgn gol terbuka luas pun boleh si rosicki, persie tak boleh score. Jurang mata antara kelab2 ni pun tak jauh so persaingan nmpak sengit season ni..tak seperti season lepas yg chelsea mmg nmpak sgt dominasi liga.

Kat chelsea nmpaknya drogba tgh daboommm. Konsisten score dan gol2 dia score pun dasat2. Aku rasa dia bermain tanpa tekanan dgn kehadiran shevchenko yg ambik alih tugas penggempur utama. Shevchenko nmpak sgt struggling dgn bolasepak british.

Liga2 lain kelab2 tuu jugak la yg dominasi liga. Liga Spain Real dan Barcelona pun dicabar hebat hinggakan time ni Sevilla yg leading liga. Bagus persaingan kali ni...baru bestttt.


Kes Bunuh dan Bom

Kes melibatkan wanita model mongolia dibunuh dan dibom hingga berkecai menyebabkan aku terpikir betapa advance kejadian jenayah kat negara kita skrang...ngeriiii. Harapnya pihak polis dapat mempertingkatkan man power dan intelligent mereka dalam menangani kadar kejadian jenayah yg membimbangkan. Cth perompak pun ada geng VIP yg tanpa segan silu rompak rumah2 wakil rakyat, bekas pegawai kanan polis...ish kalau rumah2 vip ni selamba je diorang boleh pecah masuk, apatah lagi rumah org2 kebanyakan.

Ada laporan menyatakan nisbah polis dan rakyat dlm negara kita masih jauh. Standard international adalah 1 polis bagi 200 org tp kat malaysia 1 polis utk 1000+ org...hmmm jauh tu. Di sini lah pentingnya kerjasama masyarakat utk bersama2 membantu mencegah jenayah.




  • RayaMari kita tgk The Best of raya baru-baru nia) ...
  • Balik KgBerhati-hati memandu semasa balik kg jauh ...
  • RayaDlm seminggu lagi raya akan tiba. Lagu2 raya d...
  • Menjelang 10 terakhir ramadhanDulu masa zaman buda...
  • BoikotBila harga ayam tiba2 saja naik, semua kecoh...
  • Ramadhan Datang LagiDatang lagi bulan Ramadhan. Ma...
  • Tevez Ke West HamAku dah mati2 ingat Carlos Tevez ...
  • EPLDah masuk game kedua dlm liga. Masih pringkat a...
  • Aku dlm mode malas nak update blog hahahaha. May b...
  • Lama aku tak update blog ni. Sejak world cup berla...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1