Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, April 01, 2007
 
Pameran Hantu

Subjek hantu sepatutnya menakutkan tapi itu lah yang orang kita suka bila diadakan je pameran hantu kat muzium, berderu2 manusia datang ke muzium. Sampai angka pengunjung mencecah 5 angka sehari. Jumlah ni menyamai jumlah keseluruhan 2-3 tahun pengunjung kalau takde pameran hantu. Aku sendiri pun kali terakhir masuk muzium negara masa zaman sekolah dulu-tu pun ikut rombongan sekolah. Sekarang saja2 nak pegi mmg malas dan mmg tak terlintas pun. Bukan setakat muzium tp zoo negara, menara kl even eye of malaysia kat tasik titiwangsa tu pun tak menarik minat aku. Tapi itu disebabkan aku dah bermastautin kat KL dan dlm fikiran aku, dah diset aku boleh pegi anytime kat tempat2 tu walaupun hakikatnya mmg tak pegi pun. Bila sedara mara dr kg datang makan angin kat kl baru aku bawak mereka ke menara kl, zoo, aquaria dan tpt2 lain. Diorang ingat aku dah biasa kat tpt2 camtu padahal itu la 1st time aku pegi hehehehe

So berbalik kepada pameran hantu, Mufti Perlis dan Dato Menteri Kebudayaan kita dah memberi kenyataan supaya jgn diadakan lagi pameran2 hantu kerana tidak memberi faedah kepada masyarakat. Biasa la kita, benda yg tak berfaedah tu yang kita nak buat sesangat sedangkan byk lagi benda2 berfaedah yg boleh dibuat tak pulak dibuat. Dulu muzium negara pernah buat Pameran Khazanah dari kubur, pun berpusu2 manusia ke muzium...berminat sungguh org kita berkenaan alam ghaib, kubur, hantu, makhluk halus etc. Tak hairan la sekarang filem2 hantu malaysia dah berlambak2 menunggu giliran ditayangkan. Filem2 hantu dan pameran hantu memberi kesan yg sama tak dari segi faedahnya kepada rakyat? Kalau pameran hantu digesa supaya dihentikan, bagaimana pulak dgn filem2 hantu, buku2 hantu (teringat lak siri2 novel bercakap dgn jin etc hehehehe) yg turut menarik minat masyarakat? Mungkin juga bila dinamakan sbg pameran, dianjurkan pula oleh muzium, subjek hantu tu dilihat sbg suatu yg serius berbanding filem atau buku yg lebih kepada fiction so sebab itu pameran di muzium digesa agar dihentikan.

Realitinya mmg byk hantu dlm negara kita...hantu2 yg menyerupai penagih dadah, penyeluk saku, perempit etc.

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul adalah hari keputeraan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Jatuh pada 12 RabiulAwal setiap tahun Hijrah. Tahun ni tak ramai yg perasan disebabkan jatuh pada hari cuti, iaitu hari Sabtu. Kalau jatuh pada hari weekday sah2 org akan perasan.."ooooo cuti maulid

Sambutan dibuat drp peringkat daerah, negeri hinggalah peringkat kebangsaan. Ada anugerah maulidurrasul, persembahan nasyid dan sebagainya hinggakan konsert AF pun ditunda ke siang hari--nasib baik ditunda kalau tak sah2 dikutuk sana sini kerana tak reti nak hormat hari maulid.

Apa yg perlu kita ingat, sambutan maulidurrasul tidak pernah diadakan di zaman sahabat dan 3 kurun awal Islam yang telah disebutkan oleh Rasulullah sebagai kurun terbaik. Sahabat2 sebagai orang yang rapat dan mendapat bimbingan secara langsung drp nabi pastinya adalah orang2 yang lebih cintakan Rasul tetapi mereka tidak mengadakan sambutan maulid sempena memperingati Rasulullah. Tetapi mereka mencintai Rasulullah dgn berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah sepanjang masa. Itu lah yang sepatutnya kita contohi dan ambil pengajaran sempena hari yang mulia ini.




  • Quarter Final CLDah nak masuk peringkat suku akhir...
  • Ekonomi Negara Yang KukuhSebagai rakyat, aku pun r...
  • Tag-Tag OrangAku diperingatkan oleh kwan yg aku ni...
  • Menjelang thn baru cina, lokam atau limau mandarin...
  • Bayar kalau Drive sorang diri Maka terdengarlah ca...
  • Hari Wilayah, Thaipusam dan Asyura
  • Cerita BolaPasukan negara layak ke semifinal menen...
  • Banjir Gelombang KeduaBila baca paper dan tgk di t...
  • BanjirMemang tak sangka banjir teruk melanda neger...
  • Tol Naik5 tol kat lembah kelang dinaikkan kadar to...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1