Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Wednesday, September 14, 2005
 
Dengar kat Era dah ada iklan pasal buah kurma. Dah dekat puasa dah kita...cepatnya masa baru lagi rasanya puasa thn lepas. Tgk tarikh hijrah hari ni dah 10 Syaaban 1426. Yang mana belum ganti puasa thn lepas masih ada masa lagi utk ganti hehehe yg perempuan ok la kan ada reason sekukuh gunung tp kalau yg lelaki tu musykil la jugak :D Ramai jugak dikalangan kita yg rajin berpuasa sunat--utk praktis katanya nanti tak laa kena kejutan budaya bila ramadhan tiba..baguss tu. Masa dok study dulu rajin jugak posa sunat ni siap bawak tray balik ke bilik simpan utk berbuka. Dah tu bukannya reti nak hantar balik kat kantin, dah bertimbun kat koridor asrama sampai kantin tak cukup tray. Anyway selamat berposa sunat dan selamat berposa ganti kepada yg berposa :)


Champion League 2005/06

Semalam telah bermula persaingan pusingan akhir CL dgn Liverpool turun sbg juara bertahan satu kumpulan dgn Chelsea. Perlawanan pertama semlm Liverpool mng 2-1 lawan Real Betis dan Chelsea mng 1-0 lwn Anderlecht. Musim ni pun pasukan pilihan pastinya akan berlegar di kalangan pasukan2 kaya Eropah iaitu Chelsea, Barcelona, AC Milan, MU, REal Madrid dan Bayern Munich. Liverpool walaupun juara bertahan rasa aku takde laa termasuk dlm senarai pasukan pilihan hahaha fan liverpool jgn marah :D Real Madrid pula kalah 3-0 kepada Lyon semlm...hishhh teruk betul Real awal musim ni...duit dah berjuta2 habis beli player. Utk CL ni aku masih belum nampak pasukan yg bakal aku sokong...maybe sama mcm thn lepas kut...still pilih chelsea. Apa2 pun masih awal, CL akan berlangsung sepanjang tahun. Dgn jadual liga, world cup dan kejuaraan domestik pastinya sebarang kemungkinan akan berlaku. Mungkin sekali lagi pasukan bukan pilihan akan menjadi juara tahun ni.


The Apprentice 3

Ahad lepas siri Apprentice menayangkan episod final yg menobatkan Kendra sebagai apprentice terbaru Donald Trump. Final kali ni paling membosankan berbanding 2 season sebelum ini. Sekiranya thn lepas calon lelaki sangat hebat, tapi season kali ni mmg calon lelaki hampehh...Tana dan Kendra mmg konsisten dalam setiap tugasan terutama apabila mereka menjadi project manager. Kesilapan tana adalah dia tak efektif dlm 2 minggu terakhir hingga teamnya kalah kepada kendra yg menampakkan kendra seolah2 superb gilos. Tapi Kendra mmg hebat...idea marketingnya sangat bagus dan menjadi punca kemenangannya. Dalam tugasan terakhir Kendra melaksanakan tugasan menganjurkan permainan boxing terbaru EA sports dgn playstation 2 manakala tana mendapat tugasan yg aku rasa jauh lagi sukar drp kendra iaitu menganjurkan pertunjukan sukan utk melobi New York sbg tuan rumah sukan olimpik 2012. Sikap Tana yg gemar berjenaka hinggakan depan carolyn pun dia kata chris, brian dan kristen sbg 3 stooges. Kendra bernasib baik mendapat danny, michael dan erin yg walaupun 3 org tu agak lembap tapi mereka willingly tolong kendra dan mahu kendra menang. Tana tidak dpt melihat the whole picture assignment dia menyebabkan ada laa defect sana sini hinggakan masa perbarisan yg melibatkan Dato bandar NY pun bendera US boleh takde. Tu laa poin Donald Trump mengenakan Tana selain layanan dia kepada team membernya.

So bisnes point daripada season finale the apprentice 3:

-Anda sbg project manager perlu memotivasikan team member dan jgn sesekali memandang lekeh kpd mereka.
-Exploit kebolehan setiap team members dan sentiasa monitor kerja mereka.
-Ambil kesempatan apabila lawan anda diserang utk menambahkan merit diri anda seolah2 anda mmg superb dan cool. Apabila Tana menyatakan team membernya susah dikawal Kendra dgn coolnya menyatakan walaupun team membernya pun bermasalah tp dia berjaya mengawal dan memberikan yg terbaik utk tugasannya...coolll
-Kontrol diri anda depan public..Tana agak over masa cuba defence dirinya dalam tugasan design brosur pontiac.


Comments: Post a Comment


  • Sepak BolaMinggu ni bolasepak eropah kembali mener...
  • Best article ni :) baca jgn tak bacaApabila sehari...
  • Duit Syiling RM1Bank Negara mengumumkan akan menar...
  • Pakej Penginapan Penjarasumber:utusan malaysiaPenj...
  • Merdeka
  • Semalam sabtu 28hb Ogos 2005, tv3 menerusi Majalah...
  • Apa yang menarik sepanjang minggu? Selain berita p...
  • Ilmuwan Islam Isnin 9.30 mlm TV3Jgn lupa menonton ...
  • JerebuTiada apa yg lebih merimaskan sekarang melai...
  • Naik yang tak turunHarga minyak naik lagi...Tarif ...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1