Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, September 25, 2005
 
Sepak Bola

Persaingan awal2 musim EPL nampaknya kurang menarik. Chelsea terlalu dominan dgn menang semua game setakat ini manakala Arsenal, Liverpool dan MU asyik mencicirkan mata walaupun lawan pasukan2 vegetarian. Semlm Arsenal hanya terdaya seri 0-0 dgn West Ham, Liverpool seri gak 2-2 dgn Birmingham dan yg malangnya MU boleh kalah 2-1 ngan Blackburn. Chelsea menang 2-1 lwn Aston Villa-pertama kali gol chelsea dibolosi musim ini. Newcastle dgn pembelian Owen mula menampakkan ciri2 pencabar bila menang 1-0 lwn Man City dgn jaringan Owen. Kalau situasi ini berterusan, Chelsea akan menang mudah musim ini. Dengan jumlah pemain berkualiti yg ramai, Chelsea takde masalah sekiranya berlaku masalah kecederaan. Dlm game smlm Del Horno cedera so Gallas ambik alih positionnya dan Carvalho akan ambik tempat central defender bersama John Terry.

Bolasepak tempatan pun akan smpai kemuncak musim dgn 2 final match: Piala FA dan Piala Malaysia. Smlm final FA Cup di antara Selangor dan Perak. Ptg semlm masa aku lalu federal highway, penuh dgn konvoi penyokong2 selangor dengan memakai jersi merah kuning dan mengibarkan bendera selangor...meriah. Tu laa bolasepak malaysia, match final je baru rasa meriah...tak seperti masa mula2 liga semipro diperkenalkan dulu pada lewat 80an dan awal 90an di mana semua org gila bola time tuh. Aku pun tgk gitu2 jek match Perak Selangor yg akhirnya dimenangi Selangor 4-2 hasil jaringan oleh mat indon importnya. 5 okt depan selangor berpeluang menambahkan tropinya musim ini dgn menentang Perlis utk final Piala Malaysia.


Air Force One


Seminggu dua ni berkali2 Astro menayangkan filem lakonan Harrison Ford nihh...Aku terbuka channel Astro terus tertengok walaupun dah pernah tgk filem ni yg menerima pujian oleh Bill Clinton semasa beliau masih menjadi presiden US. Mesti ramai dah pernah nonton filem ni kannn...filem propaganda US ini memaparkan kehebatan pesawat rasmi presiden US: Air-Force One. Tak lama dulu Astro menerusi discovery channel pernah menayangkan dokumentari berkenaan air-force one yg diibaratkan pesawat tercanggih yg dilengkapi dgn segala ciri2 keselamatan canggih dan semuanya canggih2lah. Presiden US pun boleh mentadbir negaranya dan dunia ketika berada dlm kapal terbang tersebut. US mmg tak kisah kalau ada produser2 yg buat filem yg memaparkan kecanggihan teknologi mereka. Ini sebahagian drpd propaganda mereka utk menunjukkan merekalah yg terhebat...dan propaganda ini sememangnya berjaya. Aku sendiri pun zaman budak2 dulu mmg percaya Amerika mmg hebat dan superpower. Mereka mempunyai perisik2 yg hebat - Ethan Hunt (Mission Imppossible), Sydney Bristow (Alias), Steve Austin (6 million dollar man) . Mereka juga ada hero: John Rambo (Rambo), John McClane (Die Hard), Ryback (Undersiege) dan ramai lagi lah. Tu tak termasuk hero-hero metahuman mcm superman, batman, x-men, flash, phantom dan ntah apa2 lagi.


Potong Q

Aku bila balik keja selalu ikut besraya then masuk ke simpang mines utk ke arah balakong. Skrang tgh construction utk buat flyover kat depan mines bagi mengatasi masalah kesesakan yg dah smpai tahap melampaui batas kat traffic light mines tuh. Kekadang tu aku hairan gak camana ler engineer2 highway ni design plan diorang...mcm jln balakong tu dah cantik link dgn silk ke semenyih tapi boleh sangkut jem teruk kat traffic light mines dan susur ke sri kembangan. Skrang bila dah sesak baru nak buat flyover. Yang tak bestnya, daripada Sapura nak masuk susur ke mines hanya ada satu lorong yg menyebabkan jem jugak esp time balik keja. Yg bengangnya ramai pemandu2 yg tidak bertimbangrasa taknak beratur panjang terus potong Q dgn terhegeh bagi signal nak masuk kiri balik...tensennnn betullll. Mereka tidak memberi keadilan kepada pemandu2 lain yg sabar ber-Q even dari bgnan Sapura lagi-termasuklah aku, cuma kekadang tu aku pun potong Q jugak depend mood pemanduan aku camana hehehehehe


Comments: Post a Comment


  • Syiling RM1 LagiAku terasa kemalasan pulak utk ke ...
  • Dengar kat Era dah ada iklan pasal buah kurma. Dah...
  • Sepak BolaMinggu ni bolasepak eropah kembali mener...
  • Best article ni :) baca jgn tak bacaApabila sehari...
  • Duit Syiling RM1Bank Negara mengumumkan akan menar...
  • Pakej Penginapan Penjarasumber:utusan malaysiaPenj...
  • Merdeka
  • Semalam sabtu 28hb Ogos 2005, tv3 menerusi Majalah...
  • Apa yang menarik sepanjang minggu? Selain berita p...
  • Ilmuwan Islam Isnin 9.30 mlm TV3Jgn lupa menonton ...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1