Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, September 18, 2005
 
Syiling RM1 Lagi

Aku terasa kemalasan pulak utk ke bank hanya utk menukarkan total RM100 lebih duit syiling singgit. So aku gunakan duit tu utk bayar tol setiap hari. Kalau lalu tol Grand Saga kat Bt 11 dan Bt 9 tu pun aku bg RM1 supaya cepat habis. Kalau jumlah syiling tu RM1ooo mmg aku akan ke bank--berbaloi laa jugak. Dengan belanja tol aku yg quite tinggi setiap bulan, dgn konfiden dan megahnya aku yakin dapat menghabiskan baki syiling singgit tu sebelum tempoh tamatnya 7 Dec depan. Boringnya bila nak bayar tol ngan cash ni selalunya kena beratur panjang. Selama ni aku dah termanja dgn kemudahan Sentuh dan Belah yg masih lagi cepat utk bayar berbanding bayar cash. Tapi tak apa lah utk sementara sahaja.

Sentuh dan Belah

Kemudahan Touch n Go ni sememangnya menyenangkan pengguna2 lebuhraya utk membayar tol. Tambah menyenangkan lagi apabila semua pembayaran menerusi kad ni diselaraskan kepada Touch n Go shj-dulu setiap syarikat konsesi ada kad masing2. Tambah tambah menyenangkan lagi kini dgn Touch n Go kita dapat bayar parking, naik bas, lrt dan mcm2 service lagi dgn mudah asalkan balance sentiasa cukup. Tak cukup kena laa topup. Mari kita lihat beberapa senario yg melibatkan penggunaan kad Touch n Go:

- Anda boleh reload dgn nilai RM20, RM35 dan RM100.
- Sila ingat no siri touch n go anda kerana apabila berlaku kecurian bila anda nak report kena bgtau no siri. Leceh betul sistem diorang ni. Tapi baru2 ni touch n go dah upgrade sistem diorang-dgr iklan kat radio. Pemegang kad touch n go pun kena update maklumat peribadi dan upgrade kad utk security feature..perkembangan yang bagus. Boleh layari www.touchngo.com.my utk maklumat lanjut. Siap ada contest lagi tu...mmg rakyat malaysia ni kena buat contest, ada reward baru laa nak buat mcm kes mykad jugak.
- Bila balik kg especially utara time raya ke, takyah guna touch n go, kereta2 lagi panjang beratur kat lorong touch n go drpd tunai.
- Penggunaan touch n go ni membuatkan kita tidak terasa aliran tunai utk membayar tol. Kalau zaman bayar tunai dulu boleh lagi skip2 jalan bertol semata2 nak elak bayar. Dengan touch n go main redah highway jek...sedar2 duit nak nak reload pun takde esp tgh2 bulan camni :(
- Biasanya pemandu akan meletakkan kad touch n go dlm keta kat atas penutup silau matahari tu. Aku simpan kad access office pun dlm keta...selalu jugak aku tersilap terambik tag office pergi tag kat touch n go...patut ler takde bunyi beep ke dan palang tak terangkat.


16 September

Masyarakat Malaysia tak begitu ambik tahu 16 Sept tu adalah hari ulangtahun penubuhan Negara Malaysia iaitu pd thn 1963. Pada thn tersebut Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapore bergabung menjadi Malaysia. Pembentukan Malaysia disokong oleh British yg pd masa itu masih menjajah sabah dan sarawak. Antara faktor2 yg menyumbang kpd penubuhan Malaysia ialah utk menyekat pengaruh komunis yg kian merebak ke asia tenggara dan kebimbangan tunku abdul rahman terhadap keseimbangan posisi kaum apabila singapura yg sebhgn besar msyrktnya adalah cina. Bagi masyarakat borneo, 16 September adalah hari kemerdekaan yg sebenar bg mereka. 31 Ogos 1957 tu adalah hari kemerdekaan bagi Tanah Melayu shj. Kenapa tarikh 16 September 1963 ni tidak diingati sangat oleh masyarakat:

-Tak diisytiharkan sbg cuti umum. Kalau 31 Ogos pun tak dijadikan cuti umum pun rasanya ramai gak org tak peduli itu hari apa.
-Takde publisiti besaran2 daripada pihak media.
-Penekanan diberikan kepada 31 Ogos sbg hari kebangsaan atau sekarang dikembalikan status hari kemerdekaan.
-16/09 bunyi kurang sedap..maybe kalau 9/9, 1/9 atau 30/9 orang lebih ingat. Ini disebabkan lumrah kehidupan apabila org ingat awal bulan dan hujung bulan sbb gaji masuk berbanding tgh bulan yg mana gaji dah kering.


Konvo Sana Sini

Baca kat paper rupanya sekarang adalah musim konvo bg kebykan universiti tempatan. UKM aku tahulah konvo start bulan 8, 9 dan 10. UITM, UPM pun dah, tgh atau akan konvo bulan ni dan bulan depan. Ada sebilangan rakan2 aku yg bakal menerima ijazah pertama/sarjana masing2. Tahniah kepada semua graduan2. Bagi yg dapat ijazah degree, itu satu permulaan baik utk next chapter dlm hidup anda, pas ni bakal menghadapi cabaran baru dalam alam pekerjaan...yg dapat sarjana pulak, tahniah disebabkan ada yg buat part time-bukan senang ooo siang keja, sebelah mlm dan weekend ada kelas, nak siapkan tesis, assignment-, ada yg buat loan Mara utk bayar yuran, ada yg dah berkeluarga lak tu dan berkat kesungguhan mereka, akhirnya berjaya...memang anda worldddd.


Comments: Post a Comment


  • Dengar kat Era dah ada iklan pasal buah kurma. Dah...
  • Sepak BolaMinggu ni bolasepak eropah kembali mener...
  • Best article ni :) baca jgn tak bacaApabila sehari...
  • Duit Syiling RM1Bank Negara mengumumkan akan menar...
  • Pakej Penginapan Penjarasumber:utusan malaysiaPenj...
  • Merdeka
  • Semalam sabtu 28hb Ogos 2005, tv3 menerusi Majalah...
  • Apa yang menarik sepanjang minggu? Selain berita p...
  • Ilmuwan Islam Isnin 9.30 mlm TV3Jgn lupa menonton ...
  • JerebuTiada apa yg lebih merimaskan sekarang melai...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1