Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Wednesday, October 12, 2005
 
Buffet Ramadhan


Selain pasar ramadhan yg menjadi tumpuan rakyat jelata Malaysia sepanjang bulan ramadhan, turut mengambil kesempatan mengaut keuntungan adalah hotel2, restoran2 yg menawarkan pakej berbuka puasa kepada orang ramai. Target pasaran adalah kepada kepada pekerja2 sektor swasta dan awam. Pakej berbuka berbentuk buffet ini boleh didapati dari serendah RM10 hinggalah mencecah lebih RM100. Emmm ada lagi ke buffet RM10?

Rulesnya mudah...bayar harga pakej pastu anda boleh makan sepuas2nya semua hidangan yg disediakan. Hotel yg berhemah akan reload balik makanan2 yg habis tapi ada yg apabila habis...habislah...Antara juadah yg pasti akan habis cepat ialah kambing golek :D Siap beratur panjang manusia nak ambik. Biasanya dalam setiap buffet pasti ada makanan2 ruji rakyat malaysia-nasik, daging,ayam, ikan, seafood, kek, aiskrim, buah2an, sup dan ntah apa2 lagi. Ada hotel yg charge lebih RM100 sekepala hingga menjadi isu di parlimen menghidangkan 100 jenis makanan.

Berbuka buffet sudah menjadi trend yg kian sangat popular sekarang. Bayangkan di KL ada berapa byk hotel...daripada berbintang2 hingga tiada bintang pun ada menawarkan buffet. Tak termasuk lagi restoran2 besar dan fast food. Terlalu banyak pilihan. AKibatnya pening nak pilih mana satu. Jom pegi Marriot, sorang bangkang "tak sedap lah, aku pegi thn lepas tak best pun menunya"...cadang pulak Shangrila : "Mahal wooo dekat RM80", jom pan-pasific klia: "Jauh bebeno tpt ko pilih, baik gi Ipoh" dan begitulah seterusnya----emmm ni secebis kisah benar yg ditokoktambah situasi di opis aku :D

Adakah membazir berbuka buffet di hotel? Semestinya membazir no argument...tapi ikut kemampuan jugak, tak salah kalau kita mampu dan nak rasa makan best sesekali. Kalau tiap2 hari berbuka buffet mmg sah membazir sesangat. Bayangkanlah kita ambik package yg average dalam RM45. Makan ambik nasik, lauk ayam, kambing, daging sesikit..makan buah, puding, kek, kuih2, mi goreng bihun goreng, sup semuanya ambik sesikit---maksimum pun sure tak lebih RM20...dah rugi Rm25, kalau ambik yg RM100 sekepala tu--mak aiiii ruginyaaaaaa.

Meh kita lihat pros/cons berbuka di buffet hotel:

-Sah2 makan tak sebanyak duit dibayar.

-Mesti kena lepak at least 2 jam sampai kul 9 nak merasa semua makanan. kalau tak rugi bayo hehehe makan berbuka then pi smayang maghrib pastu sambung balik. Isya tu rasanya balik rumah baru nak buat-terawih lak hmmmmm kalau larat mungkin buat kalau tak paham2 je laa..sure terbungkam kekenyangan. Budaya buffet kalau dah menjadi budaya rakyat sewajarnya kerajaan Islam Hadhari kita mewajibkan semua premis memasukkan sekali pakej terawih berjemaah...pas terawih sambung makan balik.

-Tempat reunion dgn rakan2--bagus ni dapat berkumpul ngan kekawan. mcm aku sendiri pun aktiviti ni dah jadi acara tahunan ramadhan lak...pakat ngan kekawan baik yg dah lama tak jumpa set berbuka kat mana2 buffet. Meriah woo :) Ni pun boleh diapply utk rakan2 seopis-merapatkan lagi ukhuwah dan kemesraan berbuka posa bersama2.

-Sesapa yg makan skit dah kenyang tak payah laa gi buffet..mmg buang karan. Mcm belanja kawan perempuan mkn sate kajang--order smpai 100 cucuk tapi depa ni makan sorang 3 cucuk jek..ceh

-Gi buffet kena target makanan2 yg mahal, yg tak selalu makan contohnya kambing, daging bakar, udang galah, ketam..tapi makanan2 ni ler yg cepat habis...tensen betul.

-Jangan bungkus bawak balik lak lauk2 kat buffet lak...tak pasal2 kena marah ngan tauke hotel tu karang.

-Nak pilih tempat tu carilah tempat yg ada semua kemudahan--surau utk sembahyang yg paling penting..maklumlah maghrib tu sekejap je tempohnya. makan tu makan jugak sembahyang wajibb.

Apa2pun terpulanglah kepada kemampuan anda utk makan di buffet2 hotel :)


Comments: Post a Comment


  • Pasar RamadhanSebelum start bulan Ramadhan lagi ta...
  • Dedicated Entry to RamadhanHari ni sudah masuk har...
  • Final Piala Malaysia 2005Bambang 3 Perlis 0Aku tur...
  • Champion LeagueAku mengambil initiative menengok g...
  • Sepak BolaPersaingan awal2 musim EPL nampaknya kur...
  • Syiling RM1 LagiAku terasa kemalasan pulak utk ke ...
  • Dengar kat Era dah ada iklan pasal buah kurma. Dah...
  • Sepak BolaMinggu ni bolasepak eropah kembali mener...
  • Best article ni :) baca jgn tak bacaApabila sehari...
  • Duit Syiling RM1Bank Negara mengumumkan akan menar...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1