Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Thursday, October 06, 2005
 

Dedicated Entry to Ramadhan


Hari ni sudah masuk hari kedua Ramadhan. Cepat sungguh masa. Bertuahlah kita masih lagi dipanjangkan umur utk merasai nikmat ramadhan ini. Ntah camana thn depan, silap2 thn ni merupakan ramadhan terakhir. Jadi mari kita sama2 mengoptimumkan amalan sedaya mampu di bulan penuh keberkatan ini.

Bulan posa ni sepatutnya menjadi medan perjuangan selain by defaultnya ialah menahan diri dari makan dan minum serta perkara2 yg membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Antara perkara-perkara yg boleh dijadikan starting point sempena ramadhan:

-Berhenti merokok

Perokok2 sepatutnya mengambil kesempatan di bulan posa ni utk mengurangkan ketagihan rokok dan seterusnya menghentikan terus tabiat tersebut. Sekiranya mampu bertahan drp pukul 5.46am hingga 7.05pm -ni waktu subuh dan maghrib kl -tidak hisap rokok, apa salahnya teruskan tak hisap terus sepanjang ramadhan. yang hampehnya bila time berbuka, teguk air pas tu terus pekena rokok dulu. Sanggup mendahulukan rokok drp juadah berbuka yang lain.

-Menguruskan perut

Kepada mereka yg mengalami obes tahap 1 hingga obes tahap 3, bulan posa juga boleh dijadikan medan utk melihat berapa inci ukur lilit pinggang dapat dikurangkan kepada mereka yg mempunyai lebihan lemak. Cabaran besar ni. Diet di bulan posa pun berbeza kepada semua orang sekiranya nasihat pemakanan diminta drp pakar pemakanan. Tahan nafsu makan dan berbuka/sahur sekadarnya..mungkin anda boleh timbang berat sebelum dan selepas ramadhan utk melihat perbezaannya. Pastikan anda mencapai BMI ideal.

-Bertudung

Bagi wanita2 muslim yg free hair, kalau nak start bertudung pun bulan posa adalah bulan yg sesuai. Sebenarnya tak kisah bila2 pun tapi kekadang tu bila dah free hair siap color2 tetiba je bertudung mula laa org sekeliling pandang semacam, "Hai sejak bila dapat hidayah ni?", "Tak panas ke bertudung?", kekadang kata2 sindiran camni menyebabkan baru nak bertudung terus bukak tudung dan tak bertudung balik. Sepatutnya kalau ada rakan wanita yg dari tak bertudung dah mula bertudung, berikan semangat dan dorongan kepada mereka.

-Berjemaah di masjid/surau

Sudah menjadi tradisi bila start ramadhan malamnya penuh umat di surau dan masjid masing2 bersemangat utk menunaikan solat terawih. Walaupun selama ini pegi masjid pun time semayang jumaat jek. Ye lah kan, posa setahun sekali so terasa kelainannya. Maybe boleh diteruskan amalan ke masjid utk berterawih tu utk berjemaah time solat fardhu selepas habis ramadhan. Tapi sudah menjadi tradisi juga masjid/surau penuh org berterawih pada minggu2 1st posa jek..minggu2 akhir nanti lengang balik masjid/surau.

-Bangun Awal Pagi

Amalan sahur mmg amalan umat Islam dalam berpuasa bagi membezakan puasa org Islam dan puasa org yahudi dan kita digalakkan melewat2kan sahur. Dalam average kul 5am adalah waktu yg sesuai. Abis sahur, ngam2 tunggu subuh masuk dah boleh solat subuh. Bangun awal pagi, bersolat subuh dan masa lagi 1 jam tunggu matahari naik boleh digunakan utk byk perkara berfaedah spt baca quran tak pun buat stretching bagi naik muscle. Kalau ini dapat dteruskan selepas posa mmg sangat bagus, sbb tido lepas subuh menyebabkan rezeki menjadi mahal.

-Berjimat cermat

Sepatutnya bulan posa ni saving kita akan makin bertambah. Sebelum ni habis sehari utk breakfast dalm RM 3.00 (roti canai/nasi lemak campur teh tarik), lunch RM5.00 (nasi campur + sirap) dan mkn mlm RM 6.50 (nasi goreng ayam + fresh oren), dalam bulan posa patutnya habis dlm RM6-7 sahaja. Ni bajet org bujang...kalau berkeluarga tu rasanya lagi jimat. Tapi masalahnya time bulan posa ni laa mcm pesta makanan kat malaysia nihhh.. Kat pasar ramadhan dgn juadah beraneka bagai siap dgn ayam percik, ayam golek, ikan bakar dan berjenis kuih muih, maunya tak bernafsu bila nak beli. Daripada bajet RM6 terus terlajak beli itu ini sampai RM10. Tu baru kes kecik. Bulan posa ni jugak hotel2, restoran2 semuanya buat buffet bukak posa. Minimum sekepala pun mesti RM20 ke atas. Dah jadi trend org malaysia bukak posa buffet. Ada buffet sampai lebih RM100 sekepala..wuiyoooo byk mana sgt nak makan. Kena ada 2-3 buffet kena attend maybe gathering member, client maunya tak lari bajet.

-Menjadi lebih baik

Susah ooo nak jadi baik, tak ngumpat, tak mengutuk tak maki2...tapi bila bulan posa kita tau semua tu boleh mngurangkan pahala posa so kita pun tak buat. Maybe lepas posa pun sikap2 buruk tu pun akan terus berkurangan dlm diri kita.


So jadikan bulan posa ni starting point utk kita menjadi lebih baik. Setan iblis dah kena rantai takkan kita nak jadi setan pulak. Bulan posa ni juga terasa masa tu lebih teratur sebb kita tak terkejar2 nak makan. Datang opis kalau hari lain tak senang duduk selagi tak gi breakfast-padahal lewat dtg tu :D - tapi bulan posa ni datang opis terus buat keja...syabas syabas...tapi time balik opis dah tak teratur sebab semua org terkejar nak balik awal sampai jem jalan highway..sabar sabar-dugaan bulan posa.


Comments: Post a Comment


  • Final Piala Malaysia 2005Bambang 3 Perlis 0Aku tur...
  • Champion LeagueAku mengambil initiative menengok g...
  • Sepak BolaPersaingan awal2 musim EPL nampaknya kur...
  • Syiling RM1 LagiAku terasa kemalasan pulak utk ke ...
  • Dengar kat Era dah ada iklan pasal buah kurma. Dah...
  • Sepak BolaMinggu ni bolasepak eropah kembali mener...
  • Best article ni :) baca jgn tak bacaApabila sehari...
  • Duit Syiling RM1Bank Negara mengumumkan akan menar...
  • Pakej Penginapan Penjarasumber:utusan malaysiaPenj...
  • Merdeka


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1