Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, October 09, 2005
 
Pasar Ramadhan

Sebelum start bulan Ramadhan lagi tapak2 strategik pasar ramadhan dah abis dibooking. Sememangnya bulan ramadhan menjadi lubuk rezeki kepada peniaga2 makanan juadah berbuka. Mesti untung berlipat kali ganda drp bulan2 lain. Camana harga makanan2 ini berbanding thn lepas? AKu rasa mcm dah naik walaupun aku takde ambik peduli sgt. Bila aku pergi pasar ramadhan mmg berpinar bijik mata melihat macam2 lauk pauk kuih muih ditambah pulak dgn nafsu lapar yg membisik "beli laa tu, sedappp, tak cukup ni, beli lagi". Bila beli dah masuk waktu berbuka makannya takde laa banyak sngat..dah kenyang. So lebihan makanan tadi kononnya sayang boleh simpan dlm peti utk makan esoknya, tapi bila tiba esoknya gi beli lagi kat pasar ramadhan, makan tak habis lagi then nak simpan dlm peti dah tgk ada pulak lebihan makanan smlm punya..apa nak buat? buangggg je lah so dah berlaku pembaziran. Tapi perkara ni berlaku dan terus berlaku tiap2 tahun -sebab apa? Maybe sebab kita mewah dgn makanan dan tak pernah alami masalah kebuluran.

Smallville Return


Smallville season 4 kembali di tv3 bermula 9/10. Agak lama menanti sambungan selepas berakhirnya season 3 finale. Habis smallville tv3 tayangkan tru calling yg aku tak minat langsung. Terpaksalah aku merecap balik bagaimana episod terakhir smallville season 3:

-Clark Kent dah terperangkap dgn rasukan bapanya Jor-el-ni aku pun tak reti nak describe camana. Dia terperangkap dalam dinding gua.
-Jonathan Kent koma lepas cuba halang Clark Kent drp terpengaruh ngan dark side kal-el.
-Lionel Luthor kena penjara.
-Lex Luthor kena racun time dia minum.
-Chloe yg masuk dlm program perlindungan saksi bersama bapanya ketika masuk dlm satu bangunan tetiba bangunan tu meletup.
-Lana Lang pegi France mencari hidup baru.

So kini masa weekend ahad aku dah ada cerita nak tgk. Kul 9 ada cite Tarzan & Jane version moden-boleh tahan jugak laa ceritanya tapi still take time utk aku menerimanya. Anda peminat smallville? kalau tak minat tak rugi pun tapi kalau minat boleh join da club :D Nak cerita storyline malas la sbb aku bukan berminat nak jadi pengulas siri2 tv atau filem. Boleh rujuk sini kepada peminat2 Smallville atau yg baru nak berkenalan dgn smallville:

http://www.kryptonsite.com/

Kat US dah start season 5. So kita dah ketinggalan 1 season sebenarnya. Siri pilot season 4 yg ditayangkan ni kira tak mengecewakan dan menimbulkan thrill jugak. Apa yg best dalam siri 1 season 4 ini:

-Kemunculan pertama kali Lois Lane sbg sepupu Chloe yg dtg ke Smallville utk menyiasat kematian sepupunya itu. Semasa dia dtg tetiba berlaku letupan panahan petir yg kuat dan dia secara tak sengaja bertemu Clark Kent. Clark Kent yg dah hilang ingatan dan menjadi kal-el sepenuhnya dgn mission utk menakluk bumi. Yang sedikit tak best sepatutnya Lois Lane lagi lawa drp Lana Lang sbb pas ni kalau ikut sejarah Superman Lois Lane yg akan menjadi bini superman, tp Lana Lang lg lawa dr Lois Lane :D

-Clark Kent terbang. Tapi bila dia sedar balik berjaya mengatasi dark-sidenya dia tak tahu lak boleh terbang. Semasa dia terbang menuju jet Lex Luthor utk ambik relic kriptonnya, pilot jet tersebut buat pertama kali menyebut trademark Superman "Its a bird, plane?" apabila melihat kat radar sesuatu yg terbang laju menuju ke arah mereka.

-Kedatangan pembantu Dr Swann yg cuba memberi bantuan kepada Martha Kent ttg destiny Clark Kent@ Kal-el. Dr Swann dulu dilakonkan oleh Christoper Reeves yg merupakan Superman dlm 4 movie superman dan pembantunya ini dilakonkan oleh Margot Kidder yg merupakan pemegang watak Lois Lane dalam filem2 tersebut. Lebih menarik Annete o'Toole yg menjadi Martha Kent ni memegang watak Lana Lang dlm filem2 tersebut jugak.

Nasib baik gak ler Smallville ni ditayangkan kul 10pm. Tak la mengganggu terawih. Sebenarnya bulan2 posa ni aku bukan berminat sgt nak tgk tv tapi bulan ni jugak laa mcm2 cerita best nak tayang selain smallville nihh. Antara movie yg bakal ditayangkan sempena bulan posa ni:
Harry Potter and Prisoner of Azkaban dan Day after Tomorrow.


Comments: Post a Comment


  • Dedicated Entry to RamadhanHari ni sudah masuk har...
  • Final Piala Malaysia 2005Bambang 3 Perlis 0Aku tur...
  • Champion LeagueAku mengambil initiative menengok g...
  • Sepak BolaPersaingan awal2 musim EPL nampaknya kur...
  • Syiling RM1 LagiAku terasa kemalasan pulak utk ke ...
  • Dengar kat Era dah ada iklan pasal buah kurma. Dah...
  • Sepak BolaMinggu ni bolasepak eropah kembali mener...
  • Best article ni :) baca jgn tak bacaApabila sehari...
  • Duit Syiling RM1Bank Negara mengumumkan akan menar...
  • Pakej Penginapan Penjarasumber:utusan malaysiaPenj...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1