Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, October 02, 2005
 
Final Piala Malaysia 2005

Bambang 3 Perlis 0


Aku turut menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2005 di antara Juara Liga Perdana dan Piala FA, Selangor lawan Perlis, Juara Liga Super. Memang seronok tgk game yg stadiumnya dipenuhi semua tempat oleh penonton. Meriah dan secara tidak langsung menjadikan permainan malam tersebut menarik dan mendebarkan walaupun takde la best sangat pun. Begitulah kuatnya pengaruh penyokong dalam sesuatu perlawanan bolasepak. Even kalau Brazil lawan England pun di final piala dunia, anda menonton dngan mute-kan tv anda sudah pasti game tersebut akan menjadi bosan walaupun dihidangkan dgn skill2 dasat. Mesti kena dengar sorakan penonton, keriuhan mereka yg menjadikan perlawanan interesting.

Sebahagian besar penyokong sudah semestinya daripada pasukan merah kuning..perlis dah la merupakan negeri terkecil memang tenggelam penyokongnya di sebalik lautan merah kuning. Ini menjadikan seolah2 selangor bermain di tempat sendiri. Kualiti padang di Stadium Bukit Jalil pun nampak jauh lagi bagus daripada padang di Stadium Shah ALam dan ini menjadikan permainan lebih lancar.

Yang pasti Selangor bijak merebut peluang menjaringkan gol terutama 2 gol awal hasil daripada sepakan sudut. Perlis lebih menguasai permainan dengan beberapa kali penyerangnya hanya berhadapan dgn goalkeeper selangor tapi gagal menjaringkan gol. Kelemahan bek selangor-memang sangat ketara apabila diasak skit pemain perlis terus menyepak keluar- gagal digunakan sebaik mungkin oleh Perlis berikutan wing kiri dan kanan Perlis pun hampes jugak. Di sinilah peranan Arjenn Robben dan Damien Duff dalam pasukan Chelsea yg byk menghasilkan gerakan gol.

Pemusnah perlis adalah mat indon import selangor, bambang pamungkas yg menjaringkan hattrick. Dia juga dipilih sebagai man of the match. Kecuali Liga Super, Selangor menyapu bersih semua piala musim ini. Tahniah kepada pasukan Selangor.

Culture bolasepak di negara kita berbeza dgn eropah. Seperti di England, selain EPL, piala lain yg menjadi rebutan adalah Carling Cup dan FA Cup. Di peringkat eropah pula Champion League dan UEFA Cup menjadi rebutan kelab2 terpower eropah. Peringkat domestik, kejuaraan liga adalah jauh lebih utama daripada piala2 lain. Hanya kejuaraan Champion League yg standardnya lebih tinggi ataupun sama dgn kejuaraan liga. Apabila Liverpool menjuarai treble pada season 2000-2001 dgn menjuarai UEFA Cup, FA dan Carling-kelab2 utama lain esp Manchester United dan Arsenal tak ambik pot pun siap memperli kejuaraan2 tersebut sbg Mickey Mouse Cup disebabkan mereka mengejar kejuaraan EPL dan CL. Tapi bila Liverpool mng CL thn lepas pun takde org respek esp Jose Maurinho apabila menyatakan kemenangan Liverpool sbg nasib dan disokong pulak oleh prestasi liverpool yg ntah apa2 dlm liga domestik.

So Perlis walaupun tewas dlm final piala Malaysia, status mereka sebagai Juara Liga Super sebenarnya lebih hebat daripada juara piala malaysia. Merekalah yg akan mewakili negara dlm kejohanan kelab2 asia musim depan. Cuma status Piala Malaysia di negara kita diangkat lebih tinggi disebabkan nilai sejarah dan beraksi dalam final yg dihadiri puluhan ribu penyokong.


Bajet 2006


Aku tak baca pulak laporan bajet 2006. Just tgk diagram2 statistik agihan bajet di akhbar. Rasa mcm takde menarik sgt pun kecuali mcm biasa bonus kepada kakitangan awam. Gomen dpt bonus yay -jgn harga barang pun naik dah lah-yg menjadi mangsa org tak dpt bonus mcm aku. kat header paper mcm biasa lah ayat2 ulangan bajet setiap tahun - Bajet berhemah, Bajet utk Kesenangan Rakyat, Bajet Matang dan mcm2 lagi. Sebagai rakyat biasa aku terima saja.


Ramadhan Menjelang

Hari ni weekend terakhir sebelum kita semua mula berpuasa insyaAllah hari rabu ni. Semoga ramadhan kita kali ini lebih baik dari thn2 lepas. Puasa jgn ponteng :D


Comments: Post a Comment


  • Champion LeagueAku mengambil initiative menengok g...
  • Sepak BolaPersaingan awal2 musim EPL nampaknya kur...
  • Syiling RM1 LagiAku terasa kemalasan pulak utk ke ...
  • Dengar kat Era dah ada iklan pasal buah kurma. Dah...
  • Sepak BolaMinggu ni bolasepak eropah kembali mener...
  • Best article ni :) baca jgn tak bacaApabila sehari...
  • Duit Syiling RM1Bank Negara mengumumkan akan menar...
  • Pakej Penginapan Penjarasumber:utusan malaysiaPenj...
  • Merdeka
  • Semalam sabtu 28hb Ogos 2005, tv3 menerusi Majalah...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1