Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, October 16, 2005
 
Esok Isnin 17 Oct 2005, Ramadhan akan memasuki hari yg ke 13. Sudah menghampiri pertengahan bulan dan bulan bakal bersinar penuh kalau cuaca malam yg baik. Dulu semasa zaman kanak2 terasa siang di bulan ramadhan sangat panjang. kalau boleh mahu ambik galah dan jolok matahari supaya jatuh terbenam atau zaman sekarang bagi gula2 apa ntah yg dalam iklan tv tu yg boleh menyejukkan matahari. Sekarang begitu pantas sedar tak sedar dah pertengahan ramadhan.

Sejak beberapa tahun ni, hari raya puasa sering jatuh hari yg hampir sama dgn perayaan agama lain. Dulu raya dan krismas, pastu raya dan thn baru cina dan thn ni raya dan deepavali. Maka kononnya semangat muhibbah antara kaum diwujudkan istilah yg dikatakan Gong xi-Raya dan Deepa-Raya utk menyambut perayaan yg hampir2 serentak tersebut. Pasaraya2 pun dah kluar iklan kat tv jualan deepa-raya. Sebenarnya haram bg kita menyamakan hari kebesaran umat Islam dgn perayaan agama lain seolah2 kita mengiktiraf agama mereka. Semangat muhibbah sepatutnya tidak melibatkan urusan khusus dalam ibadat yg menyentuh soal akidah. Silap2 haribulan boleh terjejas akidah kita. Jauhkan lah dari menggunakan istilah2 seumpama deepa-raya tersebut. Even elakkan drp wish deepavali/ krismas/ thn baru cina kepada penganut2 agama tersebut di hari perayaan mereka.

Sesetengah pihak pula akan mempertikaikan hujah tak boleh digunakan istilah DeepaRaya sebg jumud, ketinggalan zaman dan tidak bertoleransi. Mungkin mereka akan mengatakan sudah lah sekarang Islam dipandang hina dikaitkan dgn keganasan, ini nak mewujudkan suasana muhibbah antara kaum pun takkan tak boleh...Haii ini soal akidah, soal kepercayaan kepada Allah... Banyak lagi cara utk kita menerapkan semangat perpaduan kaum yg tidak perlu melibatkan amalan khusus agama seperti aktiviti kemasyarakatan, sukan, muamalah dan lain2 lagi, kenapa perkara yg melibatkan akidah jugak yg kita buat?

Sememangnya nafsu suka kepada benda2 terlarang..kalau kata tak boleh biasanya itu yg kita nak. Aku baca paper hari ni ada kolum temuramah dgn Othman Hafsham yg antara lain turut menyatakan kreativiti karyawan filem disekat..tak boleh ganas, seks, tahyul so tak dapatlah menhasilkan filem yg bagus. Aku cuma terfikir sendiri perlukan filem yg bagus mengandungi semua unsur2 tersebut? Filem barat lain ceritalah, tapi kita yg mempunyai agama dan adat timur mengapa mesti ikut barat?


Comments: Post a Comment


  • Buffet RamadhanSelain pasar ramadhan yg menjadi tu...
  • Pasar RamadhanSebelum start bulan Ramadhan lagi ta...
  • Dedicated Entry to RamadhanHari ni sudah masuk har...
  • Final Piala Malaysia 2005Bambang 3 Perlis 0Aku tur...
  • Champion LeagueAku mengambil initiative menengok g...
  • Sepak BolaPersaingan awal2 musim EPL nampaknya kur...
  • Syiling RM1 LagiAku terasa kemalasan pulak utk ke ...
  • Dengar kat Era dah ada iklan pasal buah kurma. Dah...
  • Sepak BolaMinggu ni bolasepak eropah kembali mener...
  • Best article ni :) baca jgn tak bacaApabila sehari...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1