Hari ni merupakan hari terakhir bulan november 2005. Esok bermula bulan December dan 31 hari selepas itu akan masuk tahun baru masihi 2006. Cepat gilos masa berlalu...terasa makin berumur pulak. Hujung2 tahun ni mmg byk benda kena buat. Time ni juga peperiksaan penting SPM dan STPM berlangsung. Beberapa tempat di pantai timur pula dilanda hujan lebat hingga menyebabkan banjir. Pelbagai isu melanda negara daripada perang poster di Pangkalan Pasir utk pilihanraya kecil hinggalah isu yg tiba-tiba jadi isu nasional--seorang warga cina disuruh ketuk ketampi kat lokap. Hilang kejap kisah itu ini mawi yg sebelum ini sering mengambil tajuk utama akhbar. Menjelang bulan terakhir 2005 adakah azam anda di awal tahun telah tercapai? AKu semestinya sudah tercapai sebab takde apa-apa azam pun. Nak berazam tak perlu tunggu tahun baru..bila-bila boleh berazam...masalahnya azam selalu tak disertai dgn usaha, akhirnya azam tinggal azam saja.
Sukan SeaDah bermula rupanya sukan sea di manila. Aku agak ketinggalan mengikuti sukan dwitahunan asia tenggara ini. Dah masuk hari ke3. Setakat entri ini ditulis Malaysia dah mengumpul 17pingat emas setelah 2 hari berlangsung. Satu perkembangan yg baik. Diharapkan atlit-atlit negara aku terus mengumpul emas dan memperbaiki catatan emas temasya yg lepas di vietnam. Camana agaknya dgn pasukan bolasepak negara...nasib agak baik sekumpulan dgn negara2 yg lemah kecuali thailand, so top 2 spot dah dlm tangan utk layak ke semi final. Tu pun berhempas pulas nak menang dgn Filipina dalam perlawanan terakhir kumpulan 4-2..kalau kalah mmg disaster mengulang rekod terburuk kalah kpd filipina dan Laos dlm sukan sea yg lepas-lepas. Semifinal dijangka bertemu dgn vietnam. Good luck team bola kita.
Satu lagi sukan yg bakal menarik perhatian negara ialah sepaktakraw. Ini sukan tradisi kita tapi sejak sedekad lepas kita pulak makin ketinggalan terutama selepas thailand memperkenalkan servis kuda menerusi pakarnya suebsak. Selama lebih 10 thn servis kuda suebsak ini tak termampu dijawab oleh pasukan negara. Baru2 ni pasukan remaja kita mula membuang badi dan mengalahkan thailand dlm beberapa kejohanan. Diharapkan kali ini emas takraw kembali kepada negara kita. Terkenang zaman kehebatan 3 Din negara suatu masa dulu yg menjadi trio emas negara bila menang di sukan sea dan sukan asia-Nordin Sabarudin, Rehan Mat Din dan Abd Malik Shamsudin. Rehan Mat Din tu sebg killer takde laa lipat gulung, cuma lipat maniam jek tp berkesan dan mempunyai pertahanan yg bagus. Revolusi takraw terus dicetuskan thailand selain pengenalan service kuda, tp strategi permainan seperti penggunaan double killer dan ada teamnya tekong pun mampu membuat libasan. Dulu pernah ada pensyarah univ mana ntah aku tak ingat cuba membuat kajian saintifik ttg permainan takraw negara dan memberi cadangan memajukan kembali teknik dan kemampuan regu negara. Siap ada rumusan laju bola, berapa degree kedudukan bola ketika servis kuda dibuat dan ntah apa2 lagi. Harapnya team takraw memanfaatkan kajian pensyarah tersebut.
Lagiii...apa acara sukan yg menarik? Renang?? Gimrama?? Olahraga??
Harry Porter dan Gelas BerapiSelain LOTR dan Star Wars aku juga merupakan peminat siri filem Harry Porter. Sedia maklum Harry Porter adalah masterpiece JK Rowling yg begitu hangat di pasaran dgn jualannya berjuta2 unit di pasaran dunia. Sama jugak LOTR yg merupakan karya agung Tolkien yg diiktiraf sebagai karya fiksyen teragung abad ini. Star Wars pun turut diadaptasikan ke novel2 yg melanjutkan kisah pertembungan jedi-sith yg sentiasa tidak berpenghujung. Apa persamaan LOTR, Star Wars dan Harry Porter dlm kehidupan aku? yeaaa aku peminat filem siri2 tersebut tetapi aku tak minat pun nak baca buku2 atau novel2. Semasa Fellowships of The Ring release dulu aku begitu teruja tgk kat pawagam-dunia fantasi Middle Earth yg diwarnai watak2 men, elf, hobbit, orcs, wizard sungguh menarik...terus aku mencari buku novel LOTR...tapi baru baca sikit dah boring...macam baca buku Hikayat Hang Tuah, baca 3-4 perenggan siap ada sajak2..so takpelah biarlah aku menonton filem shj. Lagipun faktor utama aku minat filem-filem ini pastinya disebabkan special effect yg sungguh hebat.
Harry Porter and The Goblet of Fire merupakan siri ke4 selepas Soccerer Stone, Chamber of Secret dan Prisoner of Azkaban. Daripada apa yg aku baca kat paper, Goblet of fire merupakan buku harry porter yg paling tebal menghampiri 800 mukasurat. Produser filem ini meminta pengarah filem ini membuat filem ini dalam 2 siri tetapi pengarah ni kata dia boleh buat dlm 1 filem shj--aku sungguh suka sikap konfiden pengarah ni. Hasilnya filem ini mengambil duration melebih 2 jam 30 minit...berbaloi tiket wayang anda. Aku meletakkan siri ini sebg yg terbaik berbanding sekuel2 lain sebelum ini.
Apa yg menarik dalam Harry Porter and The Goblet of Fire:
-Filem kali ini sangat gelap..mmg disengajakan oleh pengarahnya. Tapi sesuai pulak dgn horror storylinenya.
-Budak2 ni dah besar..berimej rambut panjang utk Porter dan Ron. Kalau tgk Soccerer Stone mmg beza sangat rupa diorang.
-Dumbledore dah tak kelihatan bodoh2 mcm dlm Prisoner of Azkaban. Begitu juga dgn Malfoy.
-Cikgu2 kat Hogwarts bertukar terutama cikgu specialist against dark magic. kali ni cikgu mad-eye moody pulak.
-Hogwarts menjadi tuan rumah pertandingan triwizard yg turut disertai oleh Beauxbatons dan Durmstrang.
-Filem kali ini lebih mendebarkan drp filem2 sebelumnya disebabkan Harry dipilih oleh goblet of fire utk menyertai pertandingan triwizard walaupun dia tak layak.
-Nama-yg-tak-boleh-disebut kembali dgn bantuan konco2nya. Mereka telah memerangkap porter dalam saingan triwizard terakhir. Watak Lord voldamort ni dilakonkan oleh ralph fienes.
-Nak apa lagi yg yg best sila tgk sendiri :D
Ketuk Ketampi Warga Cina di LokapKetuk ketampi merupakan hukuman yg popular di zaman sekolah. Setakat kena ketuk ketampi 10 kali tu tersangatlah biasa. Aku pernah kena denda ketuk ketampi 100 kali dan dikira sendiri oleh cikgu. Kesannya sungguh hebat apabila nak berjalan pun terketar2 lutut. Habis tu kenapa dikecohkan sorang warga cina yg ditahan dilokap kena suruh ketuk ketampi? Rupanya dia disuruh ketuk ketampi dalam keadaan bogel malah dirakam pulak aksi tersebut menerusi handphone. Akibatnya havoc isu tersebut dalam media massa-sebab rakyat malaysia mmg suka baca kisah2 camtu. Bila baca statement duta negara china, dia takde laa over sgt malahan minta semua bertenang dan percaya that is isolated case dan minta diselesaikan dlm saluran diplomatik. Kesannya lagi isu 50000 pelancong cina yg hilang camtu saja seolah2 diketepikan. Anggota polis yg terlibat dlm insiden memalukan negara itu mmg patut dihukum tapi isu yg lebih besar yg melibatkan keselamatan negara perlu diutamakan.