Sukan Yang CemerlangNicol Ann David telah menjuarai kejohanan dunia squasy wanita yg melengkapkan 8 gelaran antarabangsa sepanjang thn 2005. Kemenangan tersebut telah melonjakkan nicol ke kedudukan no 1 dalam ranking dunia. Sungguh cemerlang dan hebat. AKu rasa squasy belum disenaraikan dlm sukan olimpik..kalau disenaraikan pasti peluang negara meraih pingat emas pertama olimpik bakal tercapai. Kejayaan nicol menjadi kebanggaan negara hinggakan Pak Lah pun mengucapkan personal congrat kpd nicol. Ganjaran demi ganjaran menanti nicol termasuklah wang berjumlah 200k drp skim ganjaran MOM dan kerajaan Pulau Pinang yg menghadiahkan 2 unit kondominium---nasib baik tak bg gelaran Dato' sebgmana bagi kat Malik Maidin dulu. Dalam usia yg masih muda, harapnya nicol terus mendominasi squasy dunia utk beberapa tahun lagi. Tak nak ler jadi mcm hafiz hashim yg tenggelam selepas menjuarai badminton All England. Taknak jugak asyik digembar-gemburkan Roslin Hashim sbg bekas pemain no 1 dunia padahal roslin hanya bertahan di kedudukan no 1 selama 2 minggu shj. Kalau boleh biar seperti Pete Sampras, Roger Federer, Tiger Wood yg pernah memegang tampuk no 1 ranking dunia seolah2 tiada saingan, seperti michael schumacher yg berturut2 6 thn memegang raja litar F1 sampai orang boring...Biar sampai org boring asyik2 nicol je menang...itu menunjukkan kehebatan anda.
Selain kejayaan nicol, kontinjen sukan sea pun cemerlang dgn melepasi target pungutan pingat emas dgn membawa pulang 61 pingat emas. Paling aku suka bila skuad takraw berjaya mengatasi Thailand...bravo bravo..sayangnya aku tak dpt tgk game tu...mesti best...kalau tak mesti dpt tgk camana skuad negara dapat menjawab servis kuda Suebsak. Apa pun suebsak pasti dikenang sebagai tekong paling hebat dlm sejarah sepaktakraw mengatasi Pakdee di mana lebih 10 tahun service kudanya tak mampu diatasi oleh mana2 regu---hinggakan negara pernah mengemukakan petisyen mintak service tersebut diharamkan kerana terlalu laju dan mengelirukan. Harapnya skuad takraw tak leka dan meneruskan misi merampas emas sukan asia pula.
Nasib MU yg malangMinggu ni dah diketahui 16 pasukan yg bakal meneruskan saingan ke pusingan ke2 champion league. Sungguh malang bagi Manchester United yg gagal melayakkan diri buat kali pertama selepas berbelas2 tahun ke pusingan ke2 apabila tewas 2-1 kepada benfica. Kelab2 inggeris lain layak iaitu liverpool, chelsea dan arsenal. Kegagalan MU menyebabkan kedudukan Ferguson goyah dan Gus Hiddink disebut2 sbg calon no 1 bakal menggantikan Ferguson. Tu ler Ferguson sepatutnya selepas menjuarai CL 1999 dia patut berundur drp MU--sure meninggalkan nama yg cemerlang. Kekadang tu ikut petua bekas PM kita Dr Mahathir bila makan berhenti semasa tgh sedap pun berguna juga. Pas ni kena tunggu undian pusingan kedua.
Hari ni juga undian rasmi pembahagian kumpuan World Cup akan diadakan. England termasuk dalam senarai pasukan pilihan menyertai German, Brazil, Argentina, France, Mexico, USA dan Spain. Nak tgk group mana bakal menjadi group of death. Last world cup group tersebut dihuni oleh Argentina, England, Sweden dan Nigeria. Brazil awal2 lagi merupakan clear favourite dan bersama german bakal bermain di stadium yg besar--ni faktor ekonomi ler sbb potensi menarik penyokong. Tak sabar pulak menanti world cup nihhh...rasa mcm nak pergi german jek thn depan tapi apakan daya kewangan tak mengizinkan...
Pilihanraya Pangkalan PasirPAS tewas kepada BN dlm pilihanraya kecil Pangkalan Pasir dengan majoriti 100 lebih. Kiraan semula undi terpaksa dilakukan apabila majoriti kurang drp 2%. Kemenangan BN menyebabkan PAS hanya mempunyai kelebihan 1 kerusi ke atas BN dlm DUN. Macam2 cerita disebalik kemenangan BN dan hanya mereka yg terlibat saja mengetahui. Senario politik kelantan mmg menarik. Sekarang Dato Nik Aziz kena jaga betul2 YBnya takut ada yg berpaling tadah ke BN yg pasti akan memberi kelebihan majority kepada BN pulak. Politik sememangnya unpredictable
Senario politik malaysia mmg best dan aku tak tahu bgmana kat negara2 lain. Masa nak pilihanraya ni lah semua pemimpin turun padang, semua permintaan pengundi ditunaikan--parit dibersihkan, rumah2 org miskin dibaiki, sumbangan sana sini, jalan raya diturap baru---tapi lepas menang keadaan akan kembali seperti sedia kala.
WahabiSepanjang minggu lepas juga isu wahabi tiba-tiba menjadi perhatian. AKu yg hanya pernah dengar2 pasal wahabi pun tiba-tiba menjadi agak clear pasal apa itu wahabi apabila isu tersebut asyik menghiasi ruang akhbar baik drp sudut rencana, komen dan laporan. Wahabi dikatakan sbagai mazhab yg extreme yg diamalkan oleh Arab Saudi dan dikatakan fahamannya semakin menular kepada profesional muda di malaysia. Aku susah nak bg komen sebab perkara ini melibatkan akidah dan aku bukan ahli yg layak memberi komen...tapi bila baca rencana2, komen, pendapat kat paper dan juga emel yg tersebar di internet...point2 yang dihujahkan berkenaan wahabi ini agak mengelirukan. Contohnya paper hari ini menyiarkan komen MB Perlis berkenaan amalan penduduk negeri tersebut yg tidak membaca qunut dlm solat subuh. Menurutnya mereka bukan menurut wahabi tetapi sunnah nabi di mana Rasulullah tidak membaca qunut dlm solat subuh sebaliknya ia dilakukan pada waktu-waktu tertentu. Kalau amalan2 yg dikatakan wahabi padahal ia sebenar-benarnya adalah sunnah Rasullullah sewajarnya ia dihindarkan drp fitnah, bimbang kita pulak mendustakan ajaran Rasulullah S.A.W, itu dah boleh menjejaskan akidah. Berkenaan isu ini ada baiknya kita berusaha mencari resource yg dipercayai dan bertanyakan kepada ulama2.
Pautan berkenaan isu wahabi yg worth to read:
Shahidan: Perlis tidak amal qunut bukan bermakna ikut WahhabiWahhabi bukan satu fahaman atau aliranSiapa Wahhabi sebenar?70% Profesional Wanita Tak KawinNi pun isu yg turut hangat kat paper sepanjang minggu lepas. Statistik tersebut dikemukakan oleh kajian sebuah universiti tempatan. Kajian tersebut menyatakan kesibukan dalam karier menyebabkan wanita2 profesional ini tak sempat memikirkan pasal perkahwinan. Isu yg menarik tapi agak sensitif pada mereka yg terlibat. Radio Era pun dlm segmen pagi di Era pun telah menjadikan isu ini sbg topik yg mendapat sambutan hangat para pendengar. Nak komen lebih2 pun tak boleh sbb tuan blog pun tak kawin lagi :D