Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, October 23, 2005
 
Takziah Kepada PM dan Keluarga

Disini aku pun turut ingin mengucapkan takziah kepada Perdana Menteri kita Pak Lah serta keluarga di atas kembalinya ke rahmatullah isteri beliau Datin Seri Endon. Marilah kita mendoakan semoga roh allahyarhamah dan roh umat2 Islam yang lain dicucuri rahmat dan diletakkan dalam golongan yang diredhai Allah.

10 Malam Terakhir

yeaa raya dah makin dekat, seminggu lagi nak keja sebelum start cuti raya...cuti pun tak approve lagi...tapi approve tak approve balik kg tetap kena balik :D Makin dekat raya menandakan ramadhan semakin menghampiri penghujung. Esok dah 20 Ramadhan 1426 yg menunjukkan 10 terakhir ramadhan akan bermula. Seperti yg kita sedia maklum akan ada 1 malam yg lebih baik drp 1000 bulan dalam 10 terakhir ramadhan. Amal ibadat yg dibuat pada mlm tersebut akan mendapat ganjaran pahala berlipatkali ganda dan doa-doa akan dimakbulkan. Lailatulqadar yg jatuh pada salah satu malam hari ganjil 10 hari terakhir ramadhan sepatutnya menjadi pemangkin untuk memotivasikan diri terus beribadah. So selamat beribadat dan semoga kita bertemu dgn lailatulqadar. Bertemu tak semestinya kita sedar mlm tersebut mlm qadar. Kita selalu diceritakan tanda2 lailatulqadar seperti pokok-pokok seolah2 bersujud ke bumi, takde salakan anjing dan cuaca yang nyaman dengan langit yg cerah...emmm kalau betul kita jumpa tanda2 ganjil mungkin itu rahmat Allah-sebab semuanya boleh jadi atas kehendak Allah-tapi secara generalnya kita ambik pendirian lakukan segala amalan dgn ikhlas, tak perlulah nak jenguk2 ke tingkap setiap malam nak tengok pokok sujud ke tak.


Sukan Cemerlang di Hujung Tahun

Nicol David menang Terbuka British, Hafiz Hashim baru menang Dutch Open dan hari ni akan bertarung dgn Chong Wei dlm final terbuka Denmark. Hebat...bak kata Edpek Davids = "Malaysiaa Boleyy" :D ...Bolasepak pula Chelsea terus hebat, hari ni akan lawan Everton dlm EPL...menang jek akan terus menjarakkan diri daripd pencabar2 utama apabila smlm MU hanya terdaya seri 1-1 dgn Spurs. Aku makin tertarik pulak dgn gaya samba Real Madrid sekarang. Permainan mereka semakin best dgn skil2 menjadi drp Robinho, Raul dan Zidane. Beckham pun tgh in-form apabila hantaran2nya selalu tepat kepada pemain2 lain utk menghasilkan gol. Bolasepak Malaysia pulak, pasukan2 berlumba2 nak dptkan pemain Indon setelah indon import selangor menyerlah thn ni. Dulu time Abbas Saad dan Alistair Edward hebat wakili Johor/Singapore semua berebut2 beli pemain Australia, pastu berebut beli pemain Afrika pulak bila Olubunmi Adigun dan Emile Mbouh Mbouh menyerlah dgn Kedah dan Perlis. Masa MPPJ jd juara Piala Malaysia dgn import Argentinanya menjadi tonggak semua beralih ke Amerika Latin cari pemain. Sekarang pemain Indon pulak, tp kira ok la jugak boleh menarik mat2 indon yg jumlahnya dah berjuta kat Malaysia ni ke stadium.


Shopping Raya

Lagi seminggu lebih nak raya, persiapan sambut raya semakin hebat. Weekend ni sure penuh semua shopping complex dan kedai sepanjang jalan Masjid India...aku senang jek, tak perlu pun baju2 raya ni..pakai je mana yg ada. Lagi pun aku sgt2 jarang pakai baju melayu..tak hairan ler baju melayu aku 5 thn lepas pun elok lagi cuma dah sendat skit hehehe Tak sanggup aku nak bersesak di shopping kompleks semata2 nak dpt sales discount 10-20%. Tapi aku rasa dan aku harap umat Islam kat Malaysia ni berpada2 berbelanja kali ini memandangkan perbelanjaan semakin meningkat dgn harga minyak naik...berbelanjalah dgn bijak. Ni nak balik kg, kena service kereta lagi campur budget minyak dgn tol..kopak duit bulan ni. Tu tak termasuk bakal dipow duit raya.


Comments: Post a Comment


  • Esok Isnin 17 Oct 2005, Ramadhan akan memasuki har...
  • Buffet RamadhanSelain pasar ramadhan yg menjadi tu...
  • Pasar RamadhanSebelum start bulan Ramadhan lagi ta...
  • Dedicated Entry to RamadhanHari ni sudah masuk har...
  • Final Piala Malaysia 2005Bambang 3 Perlis 0Aku tur...
  • Champion LeagueAku mengambil initiative menengok g...
  • Sepak BolaPersaingan awal2 musim EPL nampaknya kur...
  • Syiling RM1 LagiAku terasa kemalasan pulak utk ke ...
  • Dengar kat Era dah ada iklan pasal buah kurma. Dah...
  • Sepak BolaMinggu ni bolasepak eropah kembali mener...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1