Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Saturday, October 29, 2005
 
Zakat Fitrah dan Zakat Pendapatan

Boleh dikatakan semua umat Islam akan membayar zakat fitrah di bulan ramadhan. Mambayar zakat termaktub dalam rukun Islam yg ke-3 selepas mengucap 2 kalimah syahadah dan Solat 5 waktu. Kadar zakat ditentukan oleh pihak berkuasa dan di negara kita kadarnya berbeza mengikut negeri. Bagi negeri di utara kebanyakan tempat masih mengamalkan pembayaran zakat dengan beras. Biasanya amil yg datang ke rumah akan datang dgn membawa sekampit beras. Mula-mula kita yg nak bayar zakat ni, beli dulu beras dulu dari amil dengan sekian2 harga. Pas tu kita bayar zakat dgn beras tersebut. Semuanya dilakukan secara akad. Mcm di KL ni bila aku bayar zakat, terus bagi duit dgn nilai harga yg telah ditetapkan kepada amil. Bagi mereka yg berkeluarga perlu membayar zakat isteri dan anak-anak juga.

Kita clear pasal zakat fitrah tapi selalu buat2 lupa atau tak ambik tahu pasal zakat pendapatan. Sekurang-kurangnya statement ini boleh ditujukan kepada aku. Hasil daripada gaji bulanan setelah ditolak semua perbelanjaan, bakinya sekiranya berlebihan perlulah ditolak kepada pembayaran zakat. Tak banyak pun dalam 2.5%. Untungnya dgn pembayaran zakat pendapatan turut akan dipotong drp income tax. So mari kita bayar zakat pendapatan juga. Semoga pendapatan kita akan lebih diberkati.


Persepsi Terhadap Amalan

Bila masuk bulan ramadhan kita semua berpuasa. Bg yg dah cukup syarat wajib puasa tetapi tidak puasa itu menunjukkan org tu ada masalah jiwa. Kita berpuasa menahan diri drp lapar dan dahaga dan perkara2 yg membatalkan puasa dari subuh hingga maghrib. Aku kekadang tu hairan apabila melihat org sanggup berpuasa tetapi mengambil ringan pasal solat fardhu 5 waktu. Kedua2nya wajib dan ranking solat lebih tinggi drp puasa. Puasa sekiranya kita tidak mampu boleh ditinggalkan dan diganti dgn pembayaran fidyah--ada laa syarat2nya sila tanya org yg arif--tetapi tidak bg solat 5 waktu, hinggakan kalau tidak mampu sesangat pun boleh sembahyang dgn gerakan anak mata dan bacaan dalam hati. Contohnya bila mkn buka puasa di buffet ada yg mengabaikan solat maghrib dan terus menjamu selera hingga pukul 9. Ini seolah2 menunjukkan puasa itu sudah menjadi satu adat dan berbuka secara buffet itu sbg acara yg menyeronokkan. Apa gunanya puasa tapi sembahyang ditinggalkan.

Dahulu ada tazkirah pasal solat oleh seorang sahabat ni yg sangat menarik berkenaan fakta solat. Solat itu sendiri telah merangkumi function kelima-lima rukun islam secara tidak langsung yg menunjukkan betapa pentingnya ia sbg tiang agama. Dalam solat kita wajib membacakan kalimah syahadah, tidak boleh makan dan minum dan solat itu sendiri adalah sebahagian drp proses penyucian jiwa. Dan menunaikan solat kita wajib mengadap kiblat. Dapat tangkap kesemua elemen rukun Islam dalam solat?


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Aku sudah pun mula bercuti raya..yay..dan insyaAllah akan balik beraya di kg hingga minggu depan. Standard ler ambik cuti seminggu. Walaupun annual leave aku byk lagi tapi tak bercadang pula aku nak ambik cuti raya lama sangat...just nice cukup lah...balance cuti tu boleh dihabiskan sebelum akhir tahun.

Raya ni adalah hari kemenangan kepada umat islam selepas sebulan berpuasa. Dalam kerajaan mengharamkan mercun ada jugak berita2 budak cedera sbb main mercun..aku pun tak paham kenapa ini terus berlaku setiap tahun. Mangsanya budak2 yg masih bersekolah rendah. Ibu bapa perlu memberi pengawasan kepada anak2 mereka supaya tak berlaku perkara2 mcm ni yg boleh menyebabkan kecacatan dan kecederaan.

Jadi kepada diri aku sendiri dan kepada semua rakan2 dan manusia yg akan drive balik kg jauh atau dekat...berhati-hati lah memandu dan sentiasa pastikan diri kita dlm keadaan alert. Rancanglah perjalanan dan ingat org tersayang. Kepada semua pengunjung2 blog ini, aku ucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin :)


Comments: Post a Comment


  • Takziah Kepada PM dan KeluargaDisini aku pun turut...
  • Esok Isnin 17 Oct 2005, Ramadhan akan memasuki har...
  • Buffet RamadhanSelain pasar ramadhan yg menjadi tu...
  • Pasar RamadhanSebelum start bulan Ramadhan lagi ta...
  • Dedicated Entry to RamadhanHari ni sudah masuk har...
  • Final Piala Malaysia 2005Bambang 3 Perlis 0Aku tur...
  • Champion LeagueAku mengambil initiative menengok g...
  • Sepak BolaPersaingan awal2 musim EPL nampaknya kur...
  • Syiling RM1 LagiAku terasa kemalasan pulak utk ke ...
  • Dengar kat Era dah ada iklan pasal buah kurma. Dah...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1