Itu Ini RayaSelepas bercuti sakan balik kg balik bandar menyambut hari raya, sungguh malas rasanya untuk memulakan keja. Nak kata bercuti sakan takde la jugak tapi aku merancang perjalanan tak mahu balik hari ahad dan isnin yang aku jangkakan heavy traffic jam kat highway. So hasil keputusan bijak aku tuh, perjalanan balik kl pada hari selasa berjalan dengan lancarnya. Memang seronok dok kg sebab lupa keja2 kat opis bila dah nak habis cuti baru teringat keja2 yg belum siap. So camana anda sebelum raya dan selepas raya? Adakah berat badan bertambah? hehehe berpada2 menjamu selera selepas sebulan berpuasa supaya tidak memudharatkan kesihatan.
Hari pertama keja selepas cuti raya mmg takde mood keja pun. Semua org bercerita pasal raya. Even ada lagi member2 staf yg sambung cuti terus seminggu. Dengan cuti sekolah pun telah bermula mmg sungguh heaven on earth driving ke tempat keja.
Apa yang best tentang raya kali ni:
-Iklan2 raya yang kurang ummphhh. Takde laa iklan raya yg betul2 terkesan. Byknya iklan recycle.
-Movie raya bersepah2 di semua channel dan takde satu pun yg aku tgk. Kalau tengok pun tak habis.
-Mercun berdentum dentam bagai nak perang --at least berlaku kat kg aku---hairan pulak ingatkan kerajaan dah haramkan mercun akan berkuranglah tapi makin banyak pulak mercun2 ni di pasaran terbuka apatah lagi pasaran tertutup. Tapi kalau takde mercun2 ni sunyi la pulak mcm tak meriah sambut raya.
-Sungguh nikmat pekena ketupat dan lemang. Cicah ngan kari ayam, daging atau rendang atau serunding...fuhhh bestnyaa. Aku tak minat sangat kuih2 moden even tak sentuh pun kuih2 spesis tu masa raya.
-Budget raya agak lari :(
-Rindu kat breakfast roti canai dan teh tarik.
Ops SikapMasa pergi dan balik dari kg agak risau kalau terspeeding then ter-tembak had laju daripada pak polis trafik then terkena laa saman trafik yg tak pasal2 menerbangkan wang beratus2 utk membayarnya. Harap2 tak kenalah memandangkan aku mmg mematuhi had laju kecuali di bawah sedar tertekan pedal minyak tu terlebih 110 hehehe. Ops Sikap dilancarkan sempena musim perayaan ni bagi mengelakkan kemalangan. Tapi kadar kemalangan di musim perayaan ni mmg berkali ganda meningkat menyebabkan pelbagai cadangan diutarakan bagi mengatasi masalah ini. yang pasti tiap2 tahun masalah ini pasti akan timbul. Antara cadangan yg menarik perhatian aku adalah mengetatkan syarat pengambilan lesen memandu antara lain menaikkan yuran, had umur minimum dan menambah kurikulm sekolah memandu. Wahhhh mesti tersenyum lebar tauke2 sekolah memandu. Sekarang pelajar kena habiskan 16jam belajar baru entitle nak ambik test. Kalau tambah jam lagi maknanya bertambahlah yuran. Pada aku mengetatkan syarat pengambilan lesen terutama menaikkan yuran adalah sangat tidak wajar. Walaupun sesorang tu dah lulus lesen, dia sebenarnya belum cukup skill memandu. Skill hanya akan dapat daripada pengalaman memandu berbulan2 kalau tak bertahun2 pun. Kalau ada lesen tapi tak pernah atau jarang2 sekali bawak kereta turut menyumbang risiko kepada berlakunya kemalangan. Sepatutnya usaha membentuk skill memandu selepas berjaya dapat lesen diperkenalkan bukannya menyusahkan pengambilan lesen.
Puasa 6Aku tak start lagi posa 6..memang dah ada niat..maybe start esok sebab selagi tak start memang akan rasa berat sangat. Dah start for sure akan teruskan sampai habis. Ramadhan yang sudah berlalu meninggalkan byk kerugian pada aku kerana tidak memanfaatkan ia sepenuhnya. Bulan yg penuh keberkatan hanya diisi dgn puasa yg sememangnya wajib dan terawih tetapi tidak ibadat2 tambahan lain utk merebut ganjaran pahala yg berganda2. Sungguh rugi...harap dipanjangkan umur bertemu ramadhan seterusnya.
Chelsea-MU dan Argentina-EnglandMatch of the week minggu raya semestinya pertembungan Manchester United dan Chelsea dalam EPL. Perlawanan mmg menarik yang akhirnya dimenangi oleh MU 1-0 sekaligus menamatkan rekod tanpa kalah chelsea dalam 40 perlawanan. Harapan aku persaingan kejuaraan akan kembali terbuka supaya game pas ni akan menjadi lebih interesting.
Semalam pulak berlangsung perlawanan persahabatan warm-up piala dunia di antara Argentina dan England yg berlangsung di stadium berkecuali di Geneva. Kedua2 pasukan ini adalah favourite aku utk world cup. Memang best game nihhh...England dah hampir kalah kalau tidak Michael Owen menjaringkan 2 gol dalam 6 minit terakhir. Keputusan akhir England 3 Argentina 2. AKu respek betul kat Juan Riquelme sebagai playmaker Argentina dgn skill kawalan bola yg sungguh hebat dan menimbulkan masalah kepada barisan england. Ironinya gol owen pun hadir setelah riquelme dikeluarkan dan digantikan pemain lain. Skuad england kelihtan lemah di bhg wing kiri dgn 1st choice Wayne Bridge masih tercari2 rentak apabila baru pulih dari kecederaan panjang. Hairan lak aku takkan takde pemain lain yg boleh dipilih utk posisi tersebut hinggakan wayne bridge yg dah 8 bulan tak main masih dipilih mengisi posisi tersebut.
Kemenangan England memberi morale boost-up menjelang piala dunia thn depan. Argentina sudah hebat di bhg midfield dan forward tapi ternyata byk kelemahan di bhg pertahanan. Pasti Jose Pekerman akan mencari formula terbaik mengatasi kelemahan tersebut.
Ingat Org Yang SusahDi saat kita menyambut hari raya..bergembira dngan aneka makanan dan kuih raya...dan bila balik ke kota diteruskan dgn tradisi rumah terbuka...ingat-ingatlah kepada mereka yg tidak bernasib baik, ditimpa bencana dan menyambut hari raya dengan serba kekurangan. Ingatlah kesengsaraan mangsa2 gempa bumi di pakistan, mangsa2 tsunami yg kehilangan ahli keluarga dan sebagainya. Mengingati mereka yg tidak bernasib baik ini akan membuatkan kita mensyukuri nikmat yg kita perolehi.