Dev Inc.
   01101010 01100101 01100100 00110001 

 

Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com


Sunday, November 20, 2005
 
Real Madrid 0 Barcelona 3


Semalam berlangsung kembali games dlm EPL yg melibatkan pertembungan pasukan2 utama Chelsea vs Newcastle, MU vs Charlton, Arsenal vs Wigan dan Liverpool vs Portsmouth yg mana semuanya menang. Tapi semua game tu aku tak tgk disebabkan akan berlangsungnya the el-classico atau derby match paling gempak dlm bolasepak di antara Real Madrid dan Barcelona dlm la liga. Kul 3 pagi tu game depa nihhh...aku ni jarang2 tgk game yg bukan EPL walaupun Juventus vs AC Milan dlm liga itali sbbnya ntahlah...kurang best ler tgk liga2 lain. Tak kisah lah.

Perlawanan Real dan Barca awal2 lagi tumpuan diberikan kepada Samuel Etoo yg dijangkakan akan diboo habis2an oleh penyokong real disebabkan dia mengutuk real di hadapan penyokong selepas barca menang liga season lepas. Tengok line-up semua menurunkan barisan utama. Permulaan game sangat pantas dan nampak sangat hype dan tense kedua2 pasukan. Derby match sentiasa begitu walaupun prestasi semasa kedua2 pasukan bagai langit dan bumi. Tapi nampak sangat kelemahan utama real adalah di barisan pertahanan yg sentiasa mudah dibolosi oleh penyerang barca terutama etoo, messi dan ronaldinho. Barisan depan real pula nampak tak cukup pantas terutama ronaldo gemuk yg agak lembap menyambut hantaran2 beckham dan pemain lain. Kelemahan defence ketara betul bila etoo dapat meloloskan diri daripda 4 org pemain utk score 1st goal. Selepas tu game possesion terus berpihak kepada barca. Ronaldinho kemudiannya menjaring 2 gol dari gerakan solo yg hampir serupa. Mmg superb hinggakan penyokong madrid sendiri memberi tepukan kepadanya. Sungguh hairan melihat ronaldinho begitu mudah menjaringkan gol2 tersebut tanpa diberi cabaran sengit oleh pertahanan terutama sergio ramos. So keputusan akhir real 0 barcelona 3.

Real as Galacticos

Real madrid memulakan polisi beli pemain2 terbaik dunia dgn membeli Luis Figo daripada Barcelona 3-4 thn lepas. Lepas tu beli zidane, ronaldo, beckham, owen, woodgate dan yg terbaru robinho dan julio baptista. Pemain2 ini melengkapkan stars sedia ada iaitu Roberto Carlos, Raul, Salgado dan Cassilas. Tapi herannya real tak beli pemain defence yg berstatus star untuk memantapkan barisan pertahanan yg longgar. Pembelian sergio ramos nmpaknya tak memantapkan pun pertahanan. Ramos ni berdasar pemerhatian tak pro aku sama class dgn Wes Brown (MU) dan Glen Johnson (Chelsea) iaitu kategori pemain berbakat tetapi tak cukup bagus. Mereka ni selalu over-pressure bila diasak pemain lawan dan selalu buat kesilapan yg tak sepatutnya. Memang satu kesilapan sebenarnya bagi real melepaskan claude makelele kepada chelsea. Makelele yg bermain defensive role berperanan menyokong pertahanan dan midfield dgn begitu berkesan. Tak hairanlah dalam rakaman rahsia di bilik persalinan MU semasa break half-time game chelsea-mu last week, Alex Ferguson meminta pemainnya mengunci pergerakan makelele utk melemahkan pergerakan chelsea, bukannya lampard, essien atau duff.


DVD punya cerita

Aku gi sg wang plaza jumpa member dan dah alang2 kat situ aku pun usha2 kedai dvd yg bersepah2. Dah murah dvd sekarang satu jual RM6 hingga RM8 shj. Sungguh makmur industri cetak rompak negara. Aku tgk bukan setakat movie2 terkini dan lama malah dijual juga koleksi2 full season siri2 tv seperti Alias, OC, Smallville, The Lost, Desperate Housewives etc. Aku nak melengkapkan koleksi LOTR extended version so nak beli ler Two Towers dan Return of the King. Bila aku tanya mamat chinese ni ada tak LOTR 2&3 extended version, boleh pulak mamat ni blur dan kata ada sambil refer special features kat back cover dvd tersebut..haiyaaa tak tahu extended version tu apa benda..aku pulak kena explain extended version tu movie bukan version pawagam tapi version cut-off director---takde potong2 punya. Untuk Two Towers ada lagi extra scene 43 minit, dan ROTK ada extra lebih kurang 40 minit. Pas tu dia kata ni extended version lah tapi aku tak konfiden tengok dvd tu sbb aku beli extended version utk Fellowships of the Ring pun ada 2 dvd, bukannya 1. So tak kesampaian ler aku nak beli dvd extended version utk LOTR 2&3.


RTM dan Cerita

Aku jarang2 bukak tv1 dan tv2. Dulu bukak pun sbb nak tgk X-Files. Sekarang siri tv yg aku ikut kat tv2 cuma relic hunter tu pun siri tu Astro dah mainkan dulu. Tapi minggu lepas aku tgk Independence Day kat TV2..pastu ada promo movie blockbuster yg bakal ditayangkan di Tv2 termasuklah Spiderman dan LOTR Fellowships of the Ring. Hebat tu...tapi movie kat tv percuma ni paham2 sajalah potong sana sini utk memendekkan masa tayangan. Masa tgk independence day byk betul potongan yg menjadikan scene terlompat2. Tak tahu ler apa yg dipotong utk LOTR yg version pawagam je pun dah ambik masa 3 jam.


Open House

Selagi belum habis syawal, raya disambut dengan open house sana sini. Bagus sebenarnya memberi makan kepada tetamu...murah rezeki tuan rumah. Berbeza sebenarnya open house di kg dan di bandar. Kat bandar kena set hari buat open house dan jemput org datang. Kat kg biasanya tak perlu nak set2 masa kecuali nak buat kenduri kecil tu pun panggil org surau datang--senang habis cerita. Hmmm sama je sebenarnya open house dan kenduri--kedua2nya memberi makan atau menjamu tetamu datang. Cuma kenduri tu kedengarannya agak formal manakala open house tu lebih santai dan terfokus kepada musim perayaan sahaja. Kepada yg mendapat jemputan open house, hadirkanlah diri anda sekiranya ada kelapangan. Kalau tak pergi ke jemputan org nanti sendiri buat majlis takde org datang baru rasa menyesal.


Comments: Post a Comment


  • Itu Ini RayaSelepas bercuti sakan balik kg balik b...
  • Zakat Fitrah dan Zakat PendapatanBoleh dikatakan s...
  • Takziah Kepada PM dan KeluargaDisini aku pun turut...
  • Esok Isnin 17 Oct 2005, Ramadhan akan memasuki har...
  • Buffet RamadhanSelain pasar ramadhan yg menjadi tu...
  • Pasar RamadhanSebelum start bulan Ramadhan lagi ta...
  • Dedicated Entry to RamadhanHari ni sudah masuk har...
  • Final Piala Malaysia 2005Bambang 3 Perlis 0Aku tur...
  • Champion LeagueAku mengambil initiative menengok g...
  • Sepak BolaPersaingan awal2 musim EPL nampaknya kur...


    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
     

    Archives
    Email
     jed1