Chelsea 1 Barca 2Real Madrid 0 Arsenal 12 mlm berturut2 aku berjaga tgk bola 2nd round champion league. Sebenarnya takde la berjaga sgt..tido laa jugak dlm 2-3 jam sebelum game start kul 330. Mmg terasa kemengantukan aku terbayar dgn kedua2 game tersebut very worth utk ditgk. Tak sangka pulak game Arsenal mantap betul semasa menentang real seolah2 seperti zaman The Invincible mereka 2 musim lepas. Henry menyumbangkan gol dgn gerakan solo menarik sekaligus memberi kelebihan kpd arsenal next game.
Game yg paling dinantikan chelsea vs barcelona kat stamford bridge seolah2 anti-klimaks bila del honor dibuang padang dekat2 nak abis 1st half. Barca dgn full strength-semua pemain available tak mengambil masa lama utk score walaupn sebelum itu pemain bek mereka tertampan bola free kick lampard sebelum masuk gawang sendiri. 2nd half je rijkaard bawak masuk henrik larsson menjadi 3 penyerang bersama etoo dan messi dgn support drpd ronaldinho dan deco. Rangkaian pertahanan chelsea terpaksa bekerja keras mengekang segala asakan. Mmg boleh terharu laa ibu bapa mereka melihat terry, fereira dan carvalho berjuang hahaha
Aku harapkan game yg hebat dgn kedua2 pasukan ni dpt membariskan semua pemain utama. Selain juventus, chelsea dan barcelona mempunyai pemain2 yg berbakat hebat hampir dlm kesemua posisi walaupun tak bertaraf superstar seperti galacticos real madrid. Harapnya game 2nd round kat nou camp nanti akan lebih menarik dan hebat.
ApprenticeAku rasa apprentice musim ni paling tak best berbanding season2 lepas. Trump ni fired 4 org sekali gus..dalam task starwars fired 2 org. Persaingan antara candidate pun hampeh...terang2 randal yg paling menonjol. Candidate lain pun seolah2 mengiktiraf randal apbila satu team ni tak cukup org, bila disuruh trump pilih sorang dr team lain-randal laa dipilih. Ditarik2 lak randal tu. Randal ni pun mmg bijak..time dia jadi pm, mmg superb dia manage tp bila org lain jadi pm dia buat biasa aje hehehe. Dlm task starwars lepas, randal sebgai peminat starwars mcm aku patut tahu watak utama dlm Revenge of The Sith adalah darth vader..tp dia biar je teammate dia yg lain buat decision letak poster stormtrooper utk wakili watak jahat instead of darth vader.
Traffic JamSejak semua sektor keje 5 days a week ni, boleh kata semua kompeni working hournya 8.30-5.30..kesannya kesesakan traffic time nak gi dan balik keja. Sepanjang aku keje sejak dulu2 lagi-highway ke tol sg besi takde masalah punya..clear..dan jem ke kl pun start kat tudm--itu normal laa sbb dah stuck nak masuk jln tun razak dgn projek-ntah-bila-nak siap Smart tu dan highway kg pandan-putrajaya yg menyesakkan lagi jalan. Tapi sekarang walaupun aku smpai tol sg besi dalam kul 8 lebih, lepas je bayar tol dah nmpak kenderaan bersusun2 menuju kl..jemmm...nasib baik ler tpt keje aku takde laa masuk pusat bandar..kalau tak mesti pressure naik tekanan darah facing jem tiap2 hari. Aku tak tahu ler pulak teori semua sektor keje ni penyumbang kepada jem tu relevan ke tak...ini atas pemerhatian aku shj.
BigfootBetul ke ada bigfoot? Kerajaan johor siap buat 1 team tu nak selidik. MB johor kata ia wujud hasil maklumat org asli ler, org kg yg masuk hutan laa, askar2 komando dan sbgainya. Tak kisah la wujud ke tidak makhluk tu tapi bigfoot ni boleh jd salah satu sumber tarikan pelancong--dikatakan hits search pasal bigfoot ni meningkat kat internet terutama semasa filem KingKong ditayangkan dulu. Bigfoot ni pun boleh dijadikan brand produk--buat tshirt ke, cap, mug dan souvenier2 lain. Cuma kita perlu malaysiakan bigfoot ini sebelum dijenamakan. Tak boleh la bagi nama bigfoot--tu nama omputeh...kalau terjemah dah jd si kaki besar...mcm tak best la pulak...habis tu nama apa yg sesuai? AKu pun takde idea..fikir-fikirkanlah. Kalau projek penjenamaan bigfoot ini berjaya tentu pulangannya lumayan. Wartakan satu kawasan kat johor tu sbg area bigfoot...boleh letak tag "Kawasan BigFoot Anda" atau "Awas, Bigfoot Melintas"--dah boleh setaraf smallville yg terkenal dgn meteor showernya. Dan mungkin satu hari nanti Peter Jackson akan dtg buat filem pasal bigfoot pula...mungkin filem tu bertajuk Bigfoot in Middle Earth atau The Myth of Bigfoot, Orcs and Uruk-Hai....mcm2 kemungkinan boleh terjadi.
#
posted by jed1 @ 10:55 pm